Info Terkini

Wednesday 24 February 2016

Pelancaran Program Nilam Peringkat Sekolah 2016





Pada 22 Februari 2016, telah diadakan Majlis Pelancaran Nilam Peringkat Sekolah 2016 dengan tema "Membaca Penggerak Minda"  yang bertempat di Dataran Perhimpunan SK Bukit Senggeh. Majlis Pelancaran ini telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Bukit Senggeh iaitu En.Md Natin Bin Haji Kasim. Majlis ini dimeriahkan dengan program membaca buku dan persembahan oleh Pengawas Pusat Sumber.

Thursday 18 February 2016

Bantuan Khas Persekolahan Tahun 2016



Pada 18 Februari 2016 telah berlangsungnya satu Majlis Penyampaian Bantuan Khas Persekolahan bagi tahun 2016. Majlis ini telah diadakan pada jam 11.00 pagi yang bertempat di Makmal Komputer SK Bukit Senggeh. Objektif bantuan ini adalah bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga. Kriteria yang dipilih adalah berdasarkan kelayakan keluarga atau isi rumah yang ibu bapa atau penjaga berpendapatan kasar bulanan RM3000  dan ke bawah. Semoga bantuan ini dapat dimanfaatkan oleh semua pelajar untuk membeli keperluan barangan persekolahan.

Thursday 4 February 2016

Perlawanan Bola Baling Peringkat Kawasan Jasin 2016




Pada 04 Februari 2016 telah diadakan satu Perlawanan Bola Baling Peringkat Kawasan Jasin yang bertempat di Padang SK Bukit Senggeh. Pasukan Bola Baling Perempuan SK Bukit Senggeh telah menjadi Johan Peringkat Daerah Jasin. Tahniah diucapkan kepada semua pemain dan jurulatih.

Motivasi Tahun 6 Fasa 1




Pada 02 Februari 2016, telah berlangsungnya satu majlis motivasi bagi pelajar tahun 6 untuk fasa 1. Majlis motivasi ini telah disampaikan oleh  Tuan Haji Matshah Bin Haji Othman, Kaunselor Organisasi Pejabat Pendidikan Daerah Jasin.  Tajuk yang disampaikan oleh Tuan Haji Matshah Bin Haji Othman  ialah Ibu bapa Kesejahteraan Keluarga. Motivasi ini turut disertai oleh Ibubapa, guru tahun 6 dan pelajar-pelajar yang akan menduduki UPSR bagi tahun 2016.  Semoga suntikan semangat yang disampaikan oleh Tuan Haji Matshah Bin Haji Othman menjadi pembakar semangat untuk murid-murid tahun 6 memperolehi kejayaan dalam UPSR bagi tahun 2016 nanti.

Perlawanan Persahabatan Bola Baling



Pada 31 Januari 2016, telah berlangsungnya Perlawanan Persahabatan Bola Baling di antara SK Bukit Senggeh, SK Kemendor, SK Selandar, SK Nyalas dan SK Sri Tangkak (Johor). Perlawanan sebenar akan diadakan pada 04 Februari 2016, semoga pasukan Bola Baling SK Bukit Senggeh akan menjadi Johan dalam pertandingan tersebut, sama-samalah  kita doakan kejayaan mereka.