Info Terkini

Sunday 31 July 2016

Majlis Persaraan Cikgu Yusuff Bin Ahmad

Pada 29 Julai 2016 telah berlangsungnya Majlis Persaraan Cikgu Yusoff Bin Ahmad dengan Tema "Sulaman Kasih Junjungan Budi". Cikgu Yusoff Bin Ahmad telah bersara wajib iaitu 60 tahun. Beliau telah berkhidmat selama 38 tahun di dalam bidang pendidikan dan berkhidmat di SKBS bermula 16 Disember 2011 sehingga 29 Julai 2016. Kami warga SKBS mendoakan semoga Cikgu Yusoff akan berbahagia di samping keluarga tercinta. Selamat Bersara Cikgu Yusoff.











Wednesday 20 July 2016

Lawatan Penanda Aras Sekolah Kluster Kecemerlangan

Pada 19 Julai 2016, satu lawatan Pelajar-pelajar Institut Pendidikan Guru Pelatih dari Kampus Perempuan Melayu Negeri Melaka semester 5 telah ke Sekolah Kebangsaan Bukit Senggeh. Lawatan ini bermula jam 9.00 pagi hingga 12 tengah hari. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk mengetahui bagaimana SKBS mendapat Sekolah Kluster Kecemerlangan. Pembentangan  Sekolah Kluster Kecemerlangan dibentangkan oleh En.Md.Natin Bin Kasim manakala Pembentangan daripada Kebitaraan  Kokurikulum (Bola Baling) telah disampaikan oleh En.Raja Faidil Adzman Bin Raja A.Samad dan Pembentangan daripada Kebitaraan Akademik (Bahasa Melayu) telah disampaikan oleh Puan Norazlina Binti Ramlan. Seramai 20 orang Pelajar IPG dan diiringi oleh 2 orang Pensyarah turut hadir dalam lawatan ini. Lawatan ini juga dimeriahkan dengan persembahan oleh Murid-Murid tahun 4.



Tuesday 19 July 2016

Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah

Pada 14 Julai 2016 bersamaan 9 Syawal 1437H, Sekolah Kebangsaan Bukit Senggeh telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah. Sambutan Hari Raya ini dimeriahkan dengan persembahan murid dan guru. Pelbagai juadah raya disediakan. Tujuan Sambutan Hari Raya disambut adalah bagi mengeratkan silatuhrahim sesama warga sekolah. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin  dari kami warga SKBS.









Monday 11 July 2016

PROGRAM BAHASA MELAYU MERENTAS ARUS GLOBALISASI MELALUI DUNIA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI PERINGKAT KEBANGSAAN

Sukacita dimaklumkan bahawa SK Bukit Senggeh berkolaborasi dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Lendu, Melaka akan menganjurkan tiga pertandingan berdasarkan program seperti yang dinyatakan.           
           
                           Tarikh              : 1 Julai  hingga 30 September 2016
                           Peserta            : Tahap 2 (4/ 5/ 6)
                           Pertandingan    : i. Pertandingan Sayembara Puisi secara ”selfie”.
                                                    ii.Pertandingan Penerangan Kesalahan Penggunaan Bahasa pada papan  tanda           secara ”selfie”.
                                                   iii.Pertandingan Membina Powerpoint Tentang Tatabahasa.

Sehubungan dengan itu, setiap sekolah boleh menyertai semua pertandingan. Bersama-sama ini disertakan borang penyertaan untuk tindakan pihak tuan. Borang penyertaan perlu dihantar sebelum       1 September 2016 melalui faks ke 06-5252759 atau email skbukitsenggehkluster@gmail.com.  Tarikh tutup penyertaan pada 30 September 2016.

Pertandingan dijalankan di tempat masing-masing dan hasil kerja perlu dihantar melalui email. Cara penghantaran, kertas konsep dan syarat-syarat pertandingan perlu di muat turun melalui skbukitsenggehkluster.blogspot.com. Sebarang pertanyaan lanjut berhubung program ini mohon hubungi Puan Norazlina Bt Ramlan (012-3676406) atau Puan Sarimah Bt Mohd Ghazali (012-6175917).

Untuk pengetahuan pihak tuan, semua penyertaan akan mendapat hadiah dan sijil penyertaan peringkat kebangsaan. Pemenang tempat pertama hingga ketiga akan mengambil hadiah dalam Majlis Penutup dan penyampaian hadiah yang bertempat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Lendu, Melaka.