Info Terkini

Wednesday 10 August 2016

Majlis Pelancaran Semarak Kemerdekaan Dan Hari Malaysia 2016



Pada 10 Ogos 2016, bertempat di Anjung Zaaba satu Majlis Pelancaran Semarak Kemerdekaan Dan Hari Malaysia 2016 telah diadakan. Majlis ini dirasmikan oleh Guru Besar SK Bukit Senggeh iaitu En.Md Natin Bin Hj.Kasim. Majlis ini bertujuan untuk menyambut dan meraikan hari kemerdekaan Malaysia yang ke 59 tahun. Matlamat Majlis Pelancaran Semarak Kemerdekaan Dan Hari Malaysia 2016 diadakan adalah bertujuan untuk memupuk semangat cintakan negara dan menanamkan rasa bersyukur di atas keamanan yang dikecapi. Antara aktiviti yang diadakan sempena bulan kemerdekaan ini ialah aktiviti selfie kemerdekaan, aktiviti peta I-Think kemerdekaan, aktiviti sukaneka, aktiviti mewarna dan persembahan oleh murid-murid sempena majlis penutupan hari kemerdekaan.

Kem Lencana Pengakap Muda Daerah Jasin


Pada 5 hingga 7 ogos yang lalu, satu Kem Lencana Pengakap Muda Daerah Jasin telah diadakan di SK Chabau, Jasin, Melaka. SK Bukit Senggeh telah menghantar 5 peserta yang terdiri daripada tahun 4 dan tahun 5.  Kem ini bermula pada petang jumaat dan berakhir pada hari ahad.

Serah Tugas GPK Kokurikulum


Pada 20 Julai yang lalu merupakan hari terakhir GPK Kokurikulum iaitu Puan Rosilawati Binti Khamis berada di SK Bukit Senggeh, beliau dinaikkan pangkat sebagai GPK HEM di SK Terentang,Jasin,Melaka. Encik Abd Malek Bin Md Sam merupakan GPK Kokurikulum yang baru. Tahniah diucapkan kepada Puan Rosilawati Binti Khamis dan Selamat Datang ke SK Bukit Senggeh kepada En.Abd Malek Bin Md Sam.