Info Terkini

Wednesday 28 September 2016

Mesyuarat Khas Persediaan Akhir Kejohanan Bola Baling Sekolah Kluster



Mesyuarat Khas Persediaan Akhir Kejohanan Bola Baling Sekolah Kluster  Kecemerlangan peringkat kebangsaan dan kejohanan mini bola baling tertutup bawah 11 tahun MSS Melaka telah diadakan bagi membincangkan persiapan terakhir sebelum berlangsungnya perlawanan tersebut. Mesyuarat  ini telah diadakan di Makmal Komputer SKBS. Perbincangan ini melibatkan Kejohanan Bola Baling Bawah 12 tahun peringkat kebangsaan (SKK) dan Kejohanan Mini Bola Baling Tertutup bawah 11 tahun MSS Melaka.


Majlis Penutupan Semarak Kemerdekaan Dan Hari Malaysia 2016







Pada 28 Sepetember telah berlangsungnya Majlis Penutupan Semarak Kemerdekaan Dan Hari Malaysia 2016 bagi peringkat Sekolah. Majlis ini diadakan bertujuan untuk sama-sama menyambut dan meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 59 tahun, selain itu untuk memupuk semangat cintakan negara dan menanamkan rasa bersyukur di atas keamanan yang dikecapi. Majlis ini turut diserikan dengan persembahan oleh murid-murid dengan pelbagai lagu patriotik dan penyampaian hadiah untuk pertandingan mewarna, peta I-Think kemerdekaan dan selfie kemerdekaan. Majlis Perasmian penutup dirasmikan oleh Guru Besar iaitu En.Md.Natin Bin Hj.Kassim.

Sunday 18 September 2016

Majlis Restu Ilmu






Pada 2 September 2016, satu Majlis Restu Ilmu untuk murid-murid tahun 6 telah diadakan di Makmal Komputer SK Bukit Senggeh,  majlis ini bertujuan untuk memohon restu agar murid-murid tahun 6 memperoleh keberkatan dan saling bermaaf-maafan dengan semua guru.  Semoga dengan restu yang diberikan oleh guru-guru,  semua murid SKBS akan berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR bagi tahun 2016.


Sunday 4 September 2016

Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat untuk pelajar Tahun 6 yang akan menduduki UPSR




Pada 2 September 2016, satu Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat untuk murid-murid tahun 6 telah diadakan bagi menduduki peperiksaan UPSR. Majlis ini turut disertai oleh guru-guru, staf, murid-murid, serta ibu bapa penjaga tahun 6. Majlis ini turut meraikan pelajar cemerlang untuk peperiksaan gerak gempur.  Terima kasih kepada semua ibu bapa yang sudi hadir ke majlis ini. Kami warga SKBS mendoakan kejayaan murid-murid tahun 6 di dalam peperiksaan UPSR 2016. 

.