Info Terkini

Monday 24 October 2016

Selamat Datang Kepada Guru Penolong Kanan 1 ke SKBS



Tahniah diucapkan kepada Guru Penolong Kanan 1 iaitu En.Nor Kahar Bin Mohamed di atas pelantikan beliau sebagai Guru Penolong Kanan 1 di SK Bukit Senggeh. Beliau menggantikan En.Mohd Yusoff Bin Ahmad yang telah bersara wajib pada 30 julai yang lalu. Pada 24 Oktober 2016 secara rasmi beliau menandatangani Nota Serah Tugas sebagai GPK1. Semoga SKBS akan terus berjaya di bawah kepimpinan beliau.

Majlis Penyampaian Hadiah & Penutup Program Bahasa Melayu Merentas Arus Globalisasi melalui Dunia Teknologi Maklumat dan Komunikasi Peringkat Kebangsaan 2016



Pada 22 Oktober 2016 bertempat di UITM Kampus Bandar Melaka telah berlangsungnya Majlis Penyampaian Hadiah & Penutup Program Bahasa Melayu Merentas Arus Globalisasi melalui Dunia Teknologi Maklumat dan Komunikasi Peringkat Kebangsaan 2016. Majlis ini adalah hasil kerjasama Kebitaraan Bahasa Melayu SKBS bersama UITM Kampus Alor Gajah. Majlis Penutup Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Rektor HEA Uitm iaitu Dr.Rani Diana Binti Othman. Dalam Majlis ini dimeriahkan dengan persembahan daripada murid-murid SKBS dan pelajar UITM. Tahniah kepada semua pemenang bagi ketiga-tiga kategori iaitu Pemenang Pertandingan Sayembara Puisi, Pemenang Pertandingan Penerangan Kesalahan Penggunaan pada Papan Tanda secara selfie dan Pemenang  Pertandingan membina Power Point. Terima kasih juga kepada semua yang menjayakan program ini.

Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-59/2016






Pada 20 Oktober 2016 bertempat di Padang SK Bukit Senggeh telah berlangsungnya Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-59/2016. Kejohanan Sukan Tahunan kali ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Koh Nai Kwong. Pelbagai acara yang dipertandingkan pada Kejohanan kali ini antaranya ialah 80 meter, 100 meter, 200 meter, 4x100 meter, 4x200 meter, 4x50 meter, lontar peluru, lompat jauh, lompat tinggi, acara sukaneka murid dan sukaneka terbuka. Selain itu juga, pelbagai hadiah cabutan nama bertuah disediakan. Dalam Kejohanan kali ini, Olahragawan telah dinobatkan kepada Mohd Hadiff Haikal Bin  Iskandar Zulkarnain dan Olahragawi  telah dinobatkan kepada Nurul Adila Binti Shahrozzaman. Manakala Olahragawan Harapan telah dinobatkan kepada Muhammad Azarieffan Bin Mohd Razali dan Olahragawi Harapan telah dinobatkan kepada Siti Norfatihah Binti Noor Hisyam. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dalam  Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-59/2016.

Tuesday 18 October 2016

Penjurian Pertandingan Bahasa Melayu Merentas Arus Globalisasi melalui Dunia Teknologi Maklumat dan Komunikasi Peringkat Kebangsaan 2016








Pada 17 Oktober 2016, Penjurian Pertandingan Bahasa Melayu Merentas Arus Globalisasi melalui  Dunia Teknologi Maklumat dan Komunikasi Peringkat Kebangsaan 2016 anjuran Sekolah Kebangsaan Bukit Senggeh telah diadakan di UITM Alor Gajah, Melaka. Pertandingan ini telah dihakimi oleh Juri Kebangsaan dan Pensyarah-Pensyarah dari Jabatan Bahasa UITM Alor Gajah. Keputusan ini adalah muktamad. Pemenang tempat 1 hingga 3 akan dihubungi dan dijemput menghadiri Penyampaian hadiah yang akan berlangsung pada 22 oktober 2016 yang bertempat di UITM Bandaraya, Melaka. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Berikut merupakan  pemenang bagi ketiga-tiga kategori.

i. Pemenang Pertandingan Sayembara Puisi secara Selfie:

PEMENANG
NAMA SEKOLAH
NEGERI
1
SK Gong Badak
Terengganu
2
SK Saujana Utama
Selangor
3
SK Taman Seroja
Selangor
4
SK Taman Universiti 1
Johor
5
SK LKTP Maokil 1
Johor
6
SK Bukit Senggeh
Melaka
7
SK Bandar Raub
Pahang
8
SK Puncak Alam 2
Selangor
9
SK Seremban 2B
Negeri Sembilan
10
SK SG Dua
Negeri Sembilan
11
SK Chenderah
Melaka
12
SK Jalan Datuk Palembang
Melaka

ii.Pemenang Kesalahan Papan Tanda:

PEMENANG
NAMA SEKOLAH
NEGERI
1
SK Taman Seroja
Selangor
2
SK Saujana Utama
Selangor
3
SK Puncak Alam 2
Selangor
4
SK Bandar Raub
Pahang
5
SK Kompleks Sultan Abu Bakar
Johor
6
SK Jalan Datuk Palembang
Melaka
7
SK SG Dua
Negeri Sembilan
8
SK Seremban 2B
Negeri Sembilan
9
SK Bukit Senggeh
Melaka
10
SK LKTP Maokil 1
Johor
11
SK Gong Badak
Terengganu
12
SK Taman Universiti 1
Johor
iii.Pemenang Membina Power Point Tatabahasa:

PEMENANG
NAMA SEKOLAH
NEGERI
1
SK Seremban 2B
Negeri Sembilan
2
SK Taman Seroja
Selangor
3
SK Bandar Raub
Pahang
4
SK Puncak Alam 2
Selangor
5
SK Bukit Senggeh
Melaka
6
SK Jalan Datuk Palembang
Melaka
7
SK Tmn Pasir Putih
Johor
8
SK LKTP Maokil 1
Johor
9
SK SG Dua
Negeri Sembilan
10
SK Kompleks Sultan Abu Bakar
Johor
11
SK Chenderah
Melaka
12
SK Taman Universiti 1
Johor
13
SK Saujana Utama
Selangor
14
SK Gong Badak
Terengganu

Sunday 9 October 2016

Sambutan Hari Sukan Negara dan Hari Kanak-Kanak Peringkat Sekolah



Pada 7 Oktober 2016 telah berlangsungnya Sambutan Hari Sukan Negara dan Hari Kanak-Kanak Peringkat Sekolah. Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkankan pada setiap hari sabtu minggu kedua bulan oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan  di mana satu langkah pro aktif di dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah "Negara Bersukan". Tujuan Hari Sukan diadakan ialah bagi melahirkan generasi murid-murid sekolah yang sihat daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Pelbagai acara Hari Sukan peringkat sekolah antaranya ialah senamrobik, sukan ubah suai, futsal dan bola jaring. Selain itu juga, pihak sekolah turut membuat tayangan video Kejayaan Olimpik dan Paralimpik. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua warga SK Bukit Senggeh yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan Sambutan Hari Sukan dan Hari Kanak-Kanak 2016 peringkat sekolah.

Anugerah Teknologi Pendidikan Negeri Melaka 2016



Pada 5 Oktober 2016 bertempat di Kolej Yayasan Saad, Melaka telah berlangsungnya Majlis Anugerah Teknologi Pendidikan Negeri Melaka bagi tahun 2016. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBHG.Tuan Haji Abu Bakar Bin Sahari iaitu Pengarah Pendidikan Melaka. Dalam Majlis ini SKBS telah mendapat 5 Bintang dalam Penarafan Pembestarian Sekolah berasaskan Smart School Qualification Standards (SSQS) bagi tahun 2014 dan 2015. Tahniah diucapkan kepada warga SKBS.

Tuesday 4 October 2016

Karnival Mini Bola Baling Sekolah Kluster Peringkat Kebangsaan Bawah 12 Tahun & Tertutup Sekolah - Sekolah Negeri Melaka Bawah 11






Pada 1 dan 2 Oktober yang lalu telah berlangsungnya Karnival Mini Bola Baling Sekolah Kluster Peringkat Kebangsaan Bawah 12 Tahun & Tertutup Sekolah - Sekolah Negeri Melaka Bawah 11 Tahun yang bertempat di SP Futsal Centre Cheng, Melaka. Sebanyak 12 buah sekolah telah menyertai Karnival Mini Bola Baling kategori 12 tahun Sekolah-Sekolah Kluster. Bagi kategori lelaki bawah 11 tahun tertutup Negeri Melaka sebanyak 19 buah sekolah turut menyertai Mini Bola Baling manakala perempuan bawah 11 tahun sebanyak 15 buah sekolah turut menyertai Karnival Mini Bola Baling. Tahniah diucapkan kepada semua yang menjayakan Karnival ini. Berikut merupakan pemenang dalam Karnival Mini Bola Baling.

Pemenang
Lelaki Bawah 11 Tahun
Perempuan Bawah 11 Tahun
Lelaki Bawah 12 Tahun (Kluster)
Perempuan Bawah 12 Tahun (Kluster)
Johan
SK Sri Lanang
SK Bukit Senggeh
SK Bombalai (Sabah)
SK Bukit Panau (Kelantan)
Naib Johan
SK Selandar
SK Selandar
SK Bukit Panau (Kelantan)
SK Bombalai (Sabah)
Tempat Ketiga
SK Kem Terendak 2
SK Jln Dato Palembang
SK Kompleks Sultan Abu Bakar (Johor)
SK Seri Maamor (Johor)
Tempat Keempat
SK Kemendor
SK Lendu
SK Lendu (Melaka)
SK Sri Laksamana (Melaka)