Info Terkini

Thursday 17 November 2016

Pengumuman Keputusan UPSR 2016




Pada 17 November 2016, keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) telah diumumkan, pada tahun ini 2 orang pelajar telah mendapat keputusan 3A . Tahniah diucapkan kepada yang berjaya, manakala yang kurang berjaya, jangan berputus asa dan tingkatkan usaha untuk terus berjaya. Tahniah dari kami warga SKBS untuk semua calon UPSR 2016.

Wednesday 16 November 2016

Pemantauan BM Tahun 5 oleh Pegawai SISC PPD


Pada 15 November 2016 Pegawai SISC PPD Jasin iaitu Puan Hajjah Reny Azrena Binti Abd Rahman telah hadir ke SK Bukit Senggeh bagi memantau guru yang mengajar bahasa melayu tahun 5 iaitu Pn.Norazlina Binti Ramlan. Tujuan pemantauan ini diadakan adalah bertujuan meningkatkan peratus lulus dalam matapelajaran bahasa melayu dan meningkatkan prestasi akademik terutamanya dalam matapelajaran Bahasa Melayu. Selain itu juga,tujuan pemantauan ini diadakan bagi mengenalpasti permasalahan yang dihadapi oleh guru dan murid bagi matapelajaran bahasa melayu.

Lawatan Murid Tahun 6 ke The Shore Oceanarium dan Pusat Boling MITC


Pada 9 November 2016, seramai 17 orang murid dan 5 orang guru pengiring membuat lawatan ke The Shore Oceanarium. Lawatan ini adalah untuk murid-murid tahun 6 iaitu program selepas UPSR. Selain itu juga, mereka di bawa ke Pusat Boling MITC untuk bermain boling.

Kejohanan Bola Baling Piala Bakat Muda Bawah 11 Tahun



Pada 5 November 2016, telah berlangsungnya  Kejohanan Bola Baling Piala Bakat Muda Bawah 11 Tahun anjuran SK Tengku Mariam, Batu Pahat bagi Sekolah Berprestasi Tinggi. Pasukan Perempuan SKBS telah mendapat Naib Johan dalam Kejohanan tersebut. Tahniah kepada pasukan SKBS.