Info Terkini

Friday 17 November 2017

Hari Anugerah Cemerlang 2017

Tokoh Kokurikulum 2017

Tokoh Sukan 2017

Tokoh Pelajar 2017

Hari Anugerah Cemerlang  bagi SK Bukit Senggeh telah diadakan pada 16 November 2017 bertempat di Dewan SK Bukit Senggeh. Majlis ini telah dirasmikan oleh En.Mohd Zaini iaitu Naib Pengerusi PIBG SK Bukit Senggeh. Majlis ini diadakan adalah bagi meraikan kejayaan murid-murid SK Bukit Senggeh yang telah berjaya dalam peperiksaan akhir tahun. Anugerah Khas Tokoh Murid 2017 telah dianugerahkan kepada Nur Ain Sofea Binti Rozze, manakala Tokoh Kokurikulum dianugerahkan kepada Nur Adila Binti Shahrozzaman dan Tokoh Sukan dianugerahkan kepada Muhammad Azariezad Bin Mohd Razali. Tahniah diucapkan kepada semua murid yang berjaya.

Majlis Sambutan Hari Lahir Bulan Julai hingga Disember 2017





Pada 15 November 2017 bertempat di Dewan SKBS telah diadakan Majlis Sambutan Hari Lahir Bulan Julai hingga Disember  untuk pelajar dan guru-guru SKBS. Dalam majlis ini semua pelajar dan guru yang diraikan mendapat hadiah sempena hari lahir masing-masing. Majlis ini dirasmikan oleh Puan Nurul Azizah Binti Abdullah iaitu Guru Besar SK Bukit Senggeh. Selamat Hari Lahir untuk semua pelajar dan guru SKBS.

Majlis Khatam Al-Quran




Pada 10 November 2017  yang bertempat di Dewan SK Bukit Senggeh telah diadakan Majlis Khatam Al-Quran. Majlis ini diadakan ialah  untuk meraikan murid-murid tahun 6 yang telah berjaya khatam Al-Quran sebanyak 30 juzuk. Seramai 3 orang murid berjaya khatam iaitu Nur Ain Sofea Bin Rozze, Nur Husnina Binti Mohamad Sofri dan Alya Safiah Binti Muhammad Firdaus. Selain itu juga tujuan majlis ini diadakan ialah untuk memupuk dan membudayakan semangat cintakan Al-Quran dan menggalakkan murid-murid membaca dan mengamalkan Al-Quran sebagai pedoman hidup.

Thursday 16 November 2017

Jejak Bahasa Ke Perkampungan Hang Tuah Melaka






Pada 9 November 2017 SK Bukit Senggeh telah mengadakan Jejak Bahasa ke Perkampungan Hang Tuah Melaka. Perkampungan Hang Tuah ialah warisan budaya yang menggabungkan identiti budaya, seni bina dan tradisi yang didirikan di Kampung Duyung, Melaka.  Tujuan lawatan ini diadakan untuk memperkenalkan kepada murid-murid tempat asal Hang Tuah bermastautin yang disebut dalam hikayat lama. Seramai 78 orang murid dan 20 orang guru telah mengikuti lawatan ini yang terdiri daripada murid Pra Sekolah, Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5 dan tahun 6. Lawatan ini adalah termasuk di dalam program sepanjang Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat sekolah. Dalam lawatan ini juga murid-murid di ajar cara menenun kain dan mencanting batik.

Program Khidmat Masyarakat Dapat Memupuk Perpaduan Melalui Program Bahasa.




Pada 8 November 2017 bertempat di Dewan SK Bukit Senggeh telah diadakan  Program Khidmat Masyarakat Dapat Memupuk Perpaduan Melalui Program Bahasa. Program ini telah melibatkan  8 buah sekolah yang berada di sekitar kawasan Selandar. Program ini melibatkan integrasi pelbagai kaum antaranya Melayu, Cina dan India. Objektif program ini diadakan ialah memupuk semangat perpaduan antara kaum dan memupuk minat murid terhadap karya sastera dan seni. Murid-murid yang terlibat ialah murid tahun 4 dan tahun 5 yang mana akan menjadi pelapis pada masa hadapan untuk Pertandingan Sayembara Deklamasi Puisi. Dalam program ini, murid-murid akan diperkenalkan tentang cara-cara mendeklamasi sayembara puisi iaitu syair dan sajak oleh Puan Norliza Binti Md Yamin dari SK Serkam. Majlis ini dirasmikan oleh Encik Zainuddin Bin Jamaluddin iaitu Pegawai PPD Jasin. Dalam program ini kumpulan 7,8 dan 9 telah dipilih sebagai kumpulan terbaik manakala peserta Melayu terbaik dimenangi oleh Amir Muadzim Bin Mohamed (SK Bukit Senggeh), peserta Cina terbaik Khoo Su Teng dan peserta India terbaik pula dimenangi oleh Narmatha A/P Gunalan.

Tuesday 7 November 2017

Pertandingan Senamrobik & Lompat Tali Kelab Doktor Muda Peringkat Negeri Melaka





Pertandingan Senamrobik & Lompat Tali Kelab Doktor Muda Peringkat Negeri Melaka telah diadakan pada 5 November 2017 bertempat di Hall A MITC sempena Expo Melaka Sihat. Dalam pertandingan ini SKBS telah mewakili PPD Jasin ke pertandingan tersebut dan 15 buah sekolah telah mengambil bahagian. SKBS telah mendapat saguhati bagi pertandingan senamrobik. Tahniah diucapkan kepada semua peserta dari SK Bukit Senggeh

Monday 6 November 2017

Kursus Pengurusan Jenazah Bagi Murid Tahap 2





Pada 7 November 2017 bertempat di Makmal Komputer dan Surau SKBS telah diadakan Kursus Pengurusan Jenazah Bagi Murid Tahap 2. Tujuan kursus Pengurusan Jenazah bagi Murid Tahap 2 ini diadakan ialah memberi pendedahan secara teori dan praktikal secara langsung kepada pelajar dan memantapkan tahap kefahaman pelajar terhadap konsep pengurusan jenazah sebagai satu tuntutan fardu kifayah. Amali dan praktikal ini disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Mohd Toriq Bin Haji Sulaiman dan Ustaz Ahmad dari Kolej Komuniti Selandar.

Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Sekolah Tahun 2017




Pada 6 November 2017 telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Sekolah Tahun 2017 dengan kerjasama Kebitaraan Bahasa Melayu SK Bukit Senggeh. Majlis ini telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Bukit Senggeh iaitu Puan Nurul Azizah Binti Abdullah. Sepanjang bulan bahasa ini beberapa program dan pertandingan akan diadakan antaranya Pertandingan Mewarna , Pertandingan Teka Silang Kata, Pertandingan Pembaca terbanyak bulan November kerjasama PSS, Pertandingan Deklamasi Sayembara Puisi, Pertandingan Frog VLE Bahasa Melayu, Pencarian Literasi Maklumat kerjasama dengan PSS, Program Khidmat Masyarakat dan Jejak Bahasa di Perkampungan Hang Tuah.Tahniah dan terima kasih kepada semua guru-guru dan kakitangan yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis pelancaran tersebut.

Wednesday 1 November 2017

Program Kecemerlangan Pra Sekolah Peringkat Negeri Melaka Tahun 2017


Pada 31 Oktober 2017 telah berlangsungnya Program Kecemerlangan Pra Sekolah Peringkat Negeri Melaka Tahun 2017 yang bertempat di Air Keroh Country Resort, Melaka. SKBS telah mewakili Daerah Jasin ke Pertandingan Muazzin Cilik yang diwakili oleh Muhammad Iman Bin Kamarudin. Muazzin Cilik SKBS iaitu Muhammad Iman Bin Kamarudin telah mendapat tempat kedua di peringkat Negeri Melaka. Tahniah diucapkan kepada Muhammad Iman Bin Kamarudin .

Program Kecemerlangan Pra Sekolah Peringkat Daerah Jasin Tahun 2017




Pada 26 Oktober yang lalu telah berlangsungnya Program Kecemerlangan Pra Sekolah Peringkat Daerah Jasin Tahun 2017 yang bertempat di SK Merlimau 2. SKBS telah menghantar 3 wakil daripada Pra Sekolah iaitu dalam Pertandingan Bijak Matematik yang diwakili oleh Nur Zulaikah Wajiha Binti Abdullah, Pertandingan Muazzin Cilik diwakili oleh Muhammad Iman Bin Kamarudin dan Bijak Bahasa Melayu diwakili oleh Nur Adam Mukhriz Bin Muhd Muliadi. Muazzin Cilik SKBS iaitu Muhammad Iman Bin Kamarudin telah mendapat tempat kedua dan mewakili Daerah Jasin ke peringkat Negeri Melaka. Tahniah diucapkan kepada Muhammad Iman Bin Kamarudin .

Kejohanan Bola Baling Piala Seri Bemban





Pada 12 Oktober 2017 telah berlangsungnya Kejohanan Bola Baling Piala Seri Bemban yang bertempat di Padang SK Seri Bemban. Dalam kejohanan kali ini SKBS telah menghantar 2 penyertaan iaitu pasukan lelaki dan pasukan perempuan bawah 12 tahun. Pasukan lelaki telah memenangi naib johan dan pasukan perempuan juga telah memenangi naib johan. Tahniah diucapkan kepada semua pemain dan jurulatih Bola Baling SKBS.



Majlis Anugerah TEKNOPEN Negeri Melaka 2017

Pada 26 Oktober 2017 telah berlangsungnya Majlis Anugerah TEKNOPEN Negeri Melaka 2017 yang telah  diadakan di Auditorium IPD Jasin. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron,Ketua Menteri Melaka. SK Bukit Senggeh telah mendapat 2 anugerah iaitu Anugerah Sekolah Champion VLE kerana Pencapaian Cemerlang VLE Peringkat Negeri Melaka 2017 dan Anugerah Pencapaian 4 Bintang, Smart School Qualification Standards ( SSQS ) 2016. TAHNIAH BUAT SEMUA WARGA SK BUKIT SENGGEH.

4 BINTANG SSQS 2016

SEKOLAH CHAMPION VLE

Tuesday 24 October 2017

Perkhemahan Peringkat Sekolah 2017








Pada 7 hingga 8 oktober 2017 telah diadakan Perkhemahan Peringkat Sekolah yang telah diadakan di NK Adventure Camp, Felda Menggong , Alor Gajah. Pada perkhemahan kali ini, seramai 32 orang murid telah mengikuti perkhemahan ini. Pelbagai aktiviti yang telah diadakan antaranya ialah pandu arah, pertolongan cemas, simulasi menyelamat, slot kerohanian, night walk, senaman pagi, jungle trekking dan majlis penutup. Perkhemahan untuk 2017 berjalan dengan lancarnya.

Monday 23 October 2017

Majlis Perpisahan Cikgu Malek Dan Cikgu Jamaliah





Pada 06 Oktober 2017 satu Majlis Perpisahan bagi meraikan Cikgu Abd.Malek Bin Md.Sam  dan Cikgu Jamaliah Binti Abd Kadir telah diadakan di Dewan SKBS. Cikgu Abd.Malek Bin Md.Sam telah berpindah ke SK Sri Machap sebagai GPK Hem manakala Cikgu Jamaliah Binti Abd Kadir pulang ke Negeri Sembilan. Majlis ini juga turut meraikan kedatangan GPK KOKU yang baru  iaitu Cikgu Mohd Dahalan.  Kami warga SKBS mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cikgu Abd.Malek Bin Md.Sam dan Cikgu Jamaliah Binti Abd Kadir, semoga mereka berdua  akan lebih berjaya di tempat baru.

Friday 29 September 2017

Sambutan Maal Hijrah Peringkat Sekolah



Pada 26 September 2017 SK Bukit Senggeh telah mengadakan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Sekolah. Antara aktiviti yang telah diadakan ialah Pertandingan mewarna tahap 1 dan menulis khat bagi tahap 2 dan  juga pertandingan kuiz bertulis tahap 2 telah diadakan. Selain itu juga, aktiviti memasak bubur lambuk telah dimasak oleh guru-guru SK Bukit Senggeh.

Gotong-Royong Makmal Komputer dan Pusat Akses


SK Bukit Senggeh telah tercalon dalam kategori Anugerah Pengurusan Makmal Komputer Sekolah dan Anugerah Pengurusan Pusat Akses Sekolah dalam Anugerah Teknologi Pendidikan Negeri Melaka bagi tahun 2017. Gotong-royong membersih dan mencantikkan makmal komputer dan pusat akses telah dilakukan oleh guru-guru SKBS.

Karnival Bola Baling Putrajaya Piala Tengku Adnan Bin Tengku Mansor





Pada 16 hingga 17 September 2017 telah berlangsungnya Karnival Bola Baling Putrajaya Piala Tengku Adnan Bin Tengku Mansor yang bertempat di Gelanggang Futsal Mokhtar Dahari, Presint 18. Dalam karnival kali ini SKBS telah menghantar 2 penyertaan iaitu pasukan lelaki dan pasukan perempuan bawah 12 tahun. Pasukan lelaki telah mendapat tempat ketiga dan pasukan perempuan telah mendapat tempat keempat. Tahniah diucapkan kepada semua pemain dan jurulatih Bola Baling SKBS.

Lawatan SKBS ke Pusat Sumber SK Batang Melaka



SKBS telah mengadakan lawatan ke Pusat Sumber Sekolah SK Batang Melaka pada 21 September 2017. Kunjungan kami telah disambut oleh Guru Besar SK Batang Melaka iaitu Puan Nor 'Aine Binti Md.Sap. Penyelaras Pusat Sumber iaitu Puan Rosmini telah memberi penerangan tentang Pusat Sumber SK Batang Melaka. PSS SK Batang Melaka telah mewakili Negeri Melaka dalam Pertandingan Pusat Sumber peringkat kebangsaan pada tahun 2016. Tujuan lawatan SKBS ke SKBM ialah bertujuan untuk mendapat pendedahan tentang pengurusan Pusat Sumber Sekolah. 


Pertandingan Pakaian Tradisional






Sempena sambutan Bulan Kebangsaan & Hari Malaysia 2017 satu pertandingan pakaian tradisional telah diadakan. Tujuan pertandingan ini adalah untuk mengasah bakat murid-murid yang berketrampilan dan berani  berhadapan dengan khalayak ramai. Pertandingan ini telah dimenangi oleh Amna Nafeesa Binti Haminuddin manakala tempat kedua dimenangi oleh Azra Nuha Maisara Binti Haminuddin.