Info Terkini

Wednesday 29 March 2017

Pertandingan Nyanyian Solo Sekolah Rendah Peringkat Kawasan Jasin




Pada 28 Mac 2017 Pertandingan Nyanyian Solo Sekolah Rendah Peringkat Kawasan Jasin telah diadakan di SK Seri Machap. Dalam pertandingan ini SKBS telah menghantar wakil iaitu Mohammad Marwan Bin Hairulnizad dengan lagunya Haruskah Aku. Dalam pertandingan ini Mohammad Marwan telah mendapat saguhati. Tahniah diucapkan kepada Mohammad Marwan.

Tuesday 7 March 2017

Perkhemahan Pengakap Daerah Jasin



Pada 3 hingga 5 mac 2017, satu Perkhemahan Pengakap Daerah Jasin telah diadakan SMK Nyalas. Perkhemahan ini telah dirasmikan oleh Tuan Zamrud Bin Yahya iaitu Pegawai Daerah Jasin. SK Bukit Senggeh telah menghantar 12 orang murid dalam perkhemahan tersebut. Tahniah diucapkan kepada pasukan pengakap muda SKBS.

Thursday 2 March 2017

Majlis Pelancaran Program Nilam & VLE Frog 1Bestarinet Tahun 2017



Pada 03 Mac 2017 telah diadakan satu Majlis Pelancaran Program Nilam & VLE Frog 1Bestarinet bagi Tahun 2017. Pelancaran ini telah diadakan di Dataran Perhimpunan SK Bukit Senggeh bermula jam 7.30 pagi yang telah dirasmikan oleh Puan Nurul Azizah Binti Abdullah. Tujuan program Nilam ialah untuk membina tabiat membaca di kalangan murid dan berhasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cinta kepada budaya membaca dan budaya ilmu. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Syahzul Bakri Bin Yunus dan persembahan oleh pengawas pusat sumber. Majlis dimeriahkan lagi dengan gimik pelancaran dan persembahan membaca tahap 1 dan sayembara puisi oleh tahap 2.

Pertandingan Ujibakat KOAKADEMIK 2017



Pada 28 Februari 2017 yang bertempat di Makmal Komputer SK Bukit Senggeh telah diadakan satu Pertandingan Ujibakat KOAKADEMIK 2017. Pertandingan ujibakat KOAKADEMIK ini diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru yang belum terserlah dikalangan para pelajar SK Bukit Senggeh, malahan ia juga adalah untuk membekalkan pelapis baru bagi persiapan pertandingan-pertandingan yang bakal diadakan di peringkat daerah mahupun negeri. Pertandingan ujibakat KOAKADEMIK ini dianjurkan oleh Kebitaraan Bahasa Melayu SKBS. Dalam pertandingan ini telah dibahagikan kepada 3 kategori iaitu bercerita, nyanyian solo dan bersajak. Ucapan setingggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang menjayakan Pertandingan Ujibakat KOAKADEMIK 2017

Perjumpaan bersama Ibu bapa & Penjaga Tahun 6



Pada 24 Februari 2017 satu perjumpaan bersama ibu bapa dan penjaga tahun 6 telah diadakan yang bertempat di Makmal Komputer SKBS. Perjumpaan dimulai dengan Ucapan Guru Program Kecemerlangan UPSR 2017, iaitu Puan Siti Musalmah Binti Hassim dan diikuti oleh Guru Besar SKBS iaitu Puan Nurul Azizah Binti Abdullah.  Pada majlis tersebut,murid tahun 6 telah melafazkan "aku janji" untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan kecemerlangan mereka. Semoga pencapaian UPSR 2017 akan lebih cemerlang. Terima kasih kepada semua yang menjayakan Program ini.

Wednesday 1 March 2017

Program Jom Ke Sekolah






Pada 6 Februari 2017, telah berlangsungnya  Program Jom Ke Sekolah dan watikah Perlantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas. Program ini telah dilancarkan oleh Ketua Balai Polis Selandar iaitu En.Mustaffa. Objektif program ini diadakan ialah untuk menarik minat murid hadir ke sekolah dan juga meningkatkan pencapaian akademik. Selain itu juga, dalam program ini turut menyampaikan sijil watikah perlantikan kepada semua pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, ketua kelas dan penolong ketua kelas