Info Terkini

Tuesday 25 April 2017

Olahragawan dan Olahragawati 2017






Pada 20 April telah berlangsungnya Kejohanan Sukan Tahunan Dan Komuniti kali Ke-60 bagi tahun 2017 yang bertempat di Padang SK Bukit Senggeh. Dalam kejohanan kali ini, Olahragawan telah dianugerahkan kepada Muhammad Azariezad Bin Mohd Razali manakala Olahragawati telah dianugerahkan kepada Nurul Adilla Binti Shahrozzaman. Manakala Olahragawan Harapan telah dianugerahkan kepada Muhammad Azarieffan Bin Mohd Razali dan Olahragawati Harapan telah dianugerahkan kepada Nur Husna Nabilah Binti Fauzi Afandi.




Monday 24 April 2017

Kejohanan Sukan Tahunan Dan Komuniti Kali Ke-60 Tahun 2017





Pada 20 April 2017 telah berlangsungnya Kejohanan Sukan Tahunan Dan Komuniti Kali Ke-60  bagi tahun 2017 yang bertempat di Padang SK Bukit Senggeh. Kejohanan Sukan Tahunan Dan Komuniti telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Hj. Abdul Ghafaar Bin Hj.Atan iaitu Exco kerja Raya dan Kemudahan Awam Negeri Melaka. Kejohanan kali ini dimulakan dengan pembarisan lintas hormat oleh kontijen rumah sukan. Pelbagai acara dipertandingkan dalam kejohanan tahun ini antaranya ialah lontar peluru, lompat jauh, 200 meter, 100 meter, 80 meter, 4x80 meter, 4x100 meter dan acara sukan murid. Berikut merupakan pemenang dalam Kejohanan Sukan Tahunan Dan Komuniti Kali Ke-60:

MASKOT TERBAIK
RUMAH KUNING
PEMBARISAN TERBAIK
RUMAH MERAH
RUMAH SUKAN TERCANTIK
RUMAH HIJAU
JOHAN SUKAN 2017
RUMAH KUNING
NAIB JOHAN SUKAN 2017
RUMAH MERAH
TEMPAT KETIGA SUKAN 2017
RUMAH HIJAU

Majlis Penyampaian KWAMP 2017





Pada 18 April 2016 satu Majlis Penyampaian KWAMP telah diadakan di Makmal Komputer SK Bukit Senggeh. Majlis ini bermula jam 12.00 tengah hari  hingga 1.00 tengah hari. Majlis KWAMP ini telah disampaikan oleh Guru Besar SK Bukit Senggeh iaitu Puan Nuru Azizah Binti Abdullah. Objektif utama KWAMP adalah membantu golongan ibu bapa pelajar yang berpendapatan rendah dan tidak berkemampuan, Pelajar yang keluarganya berpendapatan berada di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) iaitu RM 930 dan RM230 perkapita isi rumah layak mendapat bantuan KWAMP.

Wednesday 5 April 2017

Kejohanan Bola Baling Piala Seri Ledang Tangkak Johor






Pada 1 April 2017 satu Kejohanan Bola Baling Piala Seri Ledang telah diadakan di Tangkak, Johor. SKBS telah menghantar 2 pasukan iaitu Lelaki bawah 12 tahun dan Perempuan bawah 12 tahun. Dalam kejohanan ini Pasukan Perempuan dan Pasukan Lelaki telah mendapat Johan bawah 12 tahun. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada pasukan SKBS untuk terus berjaya di masa akan datang. Tahniah untuk Pasukan Bola Baling SKBS.

Sunday 2 April 2017

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-42/2017






Pada 31 Mac 2017 bertempat di Dewan SK Bukit Senggeh telah diadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-42/2017. Mesyuarat Agong PIBG ini telah dirasmikan oleh Datuk Koh Nai Kwong (Ahli Parlimen Alor Gajah). Mesyuarat Agung PIBG ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ibu bapa dan penjaga. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk berbincang, mengutarakan pendapat dan idea-idea demi menjana kemajuan dan meningkatkan prestasi akademik, disiplin dan kokurikulum sekolah bagi tahun 2017. Tanpa sokongan dan kerjasama yang erat antara ibu bapa dan guru-guru sesebuah kejayaan itu tidak dapat dicapai. Terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang telah meluangkan masa untuk mesyuarat PIBG kali ini.

Majlis Perpisahan Meraikan Cikgu Nor Kahar dan Cikgu Norlaila



Pada 30 Mac 2017 satu Majlis Perpisahan bagi meraikan Cikgu Nor Kahar Bin Mohamed  dan Cikgu Norlaila Binti Md.Aris telah diadakan di Dewan SKBS. Cikgu Nor Kahar Bin Mohamed telah berpindah ke SK Jus sebagai Guru Besar manakala Cikgu Norlaila Binti Md.Aris ke SK Selandar. Majlis ini juga turut meraikan guru-guru yang baru berpindah ke SK Bukit Senggeh antaranya Cikgu Nurul Azizah Binti Abdullah (GURU BESAR), Cikgu Abdul Hasnan Bin Sharif (GPK HEM), Cikgu Suhaida Binti Alimin dan Cikgu Jamaliah Binti Ab.Kadir. Semoga  Cikgu Nor Kahar dan Cikgu Norlaila akan lebih berjaya di tempat baru.😄😄😄.

Doktor Muda Peringkat Daerah Jasin



Pada 29 Mac 2017 bertempat di Pusat Kokurikulum Melaka Kelab Doktor Muda SKBS telah mendapat Johan Kumpulan Pertandingan Senamrobik Asas manakala Nur Husna Nabilah Binti Fauzi telah mendapat Johan Peserta Terbaik Pertandingan Senamrobik Asas. Tahniah diucapkan kepada semua peserta Pertandingan Senamrobik Asas. Semoga kejayaan yang dicapai SKBS dapat dikekalkan pada tahun akan datang.

MSSM Melaka 2017



Pada 29 Mac 2017 Kejohanan MSSM Melaka 2017 telah diadakan di Sekolah Sukan Negeri (SMK Seri Kota,Melaka). SKBS telah menghantar 3 wakil iaitu Muhammad Azariezad Bin Mohd Razali (Lompat Jauh dan 80m berpagar), Nurul Adila Binti Shahrozzaman (100m) dan Nurul Ain Sofea Binti Rozze (Lontar Peluru). Dalam kejohanan ini Nurul Ain Sofea Binti Rozze (Lontar Peluru) telah mendapat Johan dengan lontaran 7.18m dan akan mewakili Melaka ke peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung pada bulan 5 di Pulau Pinang. Tahniah diucapkan kepada Nurul Ain Sofea Binti Rozze.