Info Terkini

Wednesday 31 May 2017

Lawatan Sambil Belajar ke Kidzania Kuala Lumpur




Pada 25 Mei 2017 yang lalu, telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Kidzania Kuala Lumpur. Tujuan program ini diadakan untuk memberi pendedahan awal kepada murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran untuk diaplikasikan di sekolah. Selain itu, memperkenalkan suasana bagaimana berada di tempat yang mempunyai aktiviti alam pekerjaan dan taman tema dalaman yang membolehkan kanak-kanak berperanan dan bermain aktiviti dewasa di bandar replika yang direka. Objektif program ini diharapkan dapat mendedahkan murid dengan pelbagai jenis kerjaya dan menambah ilmu pengetahuan dan maklumat dalam mengejar cita-cita mereka.

Friday 19 May 2017

Program Nisfu Syaaban & Ihya Ramadhan 1438H/2017M




Pada 19 Mei 2017 bersamaan hari jumaat yang bertempat di Dewan SK Bukit Senggeh telah diadakan Program Nisfu Syaaban & Ihya Ramadhan 1438H/2017M. Objektif program ini diadakan ialah melatih murid agar mentaati perintah Allah dan Rasul dan mewujudkan suasana beribadah sempena kehadiran bulan ramadhan. Selain itu juga, melatih murid berpuasa dan menghayati ibadah puasa dan menambah ilmu pengetahuan tentang kisah-kisah islam. Ceramah ini telah disampaikan oleh Ustazah Nur' Aliyah Binti Hj.Musa dari SK Sri Lanang. Dalam program ini juga, turut diadakan pertandingan mewarna dan memasak bubur lambuk oleh guru-guru SK Bukit Senggeh.

Wednesday 17 May 2017

Pertandingan Memancing sempena Hari Guru






Pada 16 Mei 2017 turut diadakan Pertandingan Memancing sempena Hari Guru yang bertempat di Kolam En.Yusof Bin Ahamd iaitu mantan GPK Pentadbiran SK Bukit Senggeh. Pertandingan ini bermula jam 3.00 petang dan berakhir jam 5.30 petang. Terima kasih diucapkan kepada semua yang menjayakan pertandingan ini.

Majlis Sambutan Hari Lahir Bulan Mac, April, Mei dan Jun bagi Tahun 2017





Pada 16 Mei 2017 bertempat di Dewan SKBS telah diadakan Majlis Sambutan Hari Lahir Bulan Mac, April, Mei dan Jun bagi Tahun 2017 untuk pelajar dan guru-guru SKBS. Dalam majlis ini semua pelajar dan guru yang diraikan mendapat hadiah sempena hari lahir masing-masing. Selamat Hari Lahir untuk semua pelajar dan guru SKBS.

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2017






Pada 16 Mei 2017 telah diadakan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah dengan tema "Guru Pembina Negara Bangsa". Pada tahun ini SK Bukit Senggeh telah memilih tema pakaian iaitu Kesultanan Melayu Melaka. Pelbagai acara sukaneka telah diadakan. Pada tahun ini juga telah diadakan pertandingan guru paling kreatif, guru paling bergaya, guru paling penyayang, guru paling tegas dan guru paling popular. Kami warga SKBS mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di seluruh Malaysia.

Guru Paling Popular
En.Raja Faidil Adzman Bin Raja A.Samad
Guru Paling Penyayang
Pn.Siti Nur’Ain Binti Zainal Arifin
Guru Paling Tegas
En.Jamaludin  Bin Jakpar
Guru Paling Kreatif
Pn.Siti Musalmah Binti Hassim
Guru Paling Bergaya
Pn.Suhaida Binti Alimin

Program Jom Baca Bersama 10 minit Tahun 2017






Pada 25 April 2017 telah diadakan Program Jom Baca Bersama 10 minit bagi Tahun 2017. Program ini diadakan secara serentak di seluruh negara pada jam 11.00 pagi. Semua warga Sk Bukit Senggeh turut serta dalam program tersebut. Dalam program ini juga, turut diadakan aktiviti mewarna dan pertandingan silang kata.

Majis Pelancaran Jom Baca Bersama untuk 10 Minit




Pada 25 April 2017 bertempat di Tapak Perhimpunan telah diadakan satu Majis Pelancaran Jom Baca Bersama untuk 10 Minit. Tujuan  program ini diadakan adalah sebagai salah satu usaha menggalakkan budaya membaca di kalangan rakyat bagi tujuan melahirkan rakyat Malaysia yang beilmu dan berpengetahuan. Program ini diadakan secara serentak seluruh negara pada 25 April 2017 jam 11.00 pagi.