Info Terkini

Friday 7 July 2017

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah



Pada 7 Julai 2017 telah diadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah bertempat di Dewan SK Bukit Senggeh. Majlis ini dimulakan dengan Majlis Bacaan Yaasin dan tahlil untuk Arwah Ustazah Noridah Binti Salehuddin. Seterusnya Majlis jamuan makan murid dan guru. Selepas jamuan hari raya, diadakan pertandingan mewarna dan peragaan baju raya oleh murid-murid SKBS. Tujuan majlis ini diadakan ialah untuk meningkatkan hubungan silaturahim antara murid dan guru, selain itu juga melahirkan rasa kesyukuran menyambut aidilfitri. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin dari kami warga SKBS.

Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil


Pada 7 Julai 2017 bertempat di Dewan SK Bukit Senggeh telah diadakan satu Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil untuk arwah Ustazah Noridah Binti Salehuddin.  Semua murid,guru dan kakitangan terlibat dalam Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil untuk arwah. Kami warga SK Bukit Senggeh mendoakan arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.AAMIIN.

Majlis Penutupan Ihya Ramadhan dan Khatam Al-Quran




Pada 22 Jun 2017 bersamaan hari khamis yang bertempat di Dewan SK Bukit Senggeh telah diadakan Majlis Penutupan Ihya Ramadhan dan Khatam Al-Quran 1438H/2017M. Objektif majlis ini diadakan ialah memupuk dan membudayakan semangat cintakan Al-Quran kepada murid-murid SK Bukit Senggeh, selain itu juga menggalakkan murid-murid membaca dan mengamalkan Al-Quran sebagai pedoman hidup dan meraikan murid-murid yang khatam Al-Quran. Dalam majlis ini juga turut diadakan pemberian duit raya kepada murid-murid miskin dan majlis diakhiri dengan bersalaman dan bermaafan sempena hari raya.