Info Terkini

Thursday 24 August 2017

Bengkel Public Speaking Pandu Puteri Peringkat Kebangsaan 2017




Bengkel Public Speaking Pandu Puteri Peringkat Kebangsaan 2017 telah diadakan di Wisma Pandu Puteri Kuala Lumpur bermula 18-20 ogos 2017 yang telah dianjurkan oleh Pandu Puteri Malaysia. SKBS telah menghantar 2 wakil iaitu Nurul Nadirah Binti Mohd Nasir dan Azra Nuha Maisara Binti Haminuddin dan diiringi oleh Puan Sarimah Binti Mohd Ghazali.

Kejohanan Bola Sepak 7S 1Murid 1Sukan Peringkat Negeri Melaka Anjuran Yayasan Bank Rakyat



Pada 17 ogos 2017 bertempat di SK Kemendor, Jasin Melaka telah berlangsungnya Kejohanan Bola Sepak 7S 1Murid 1Sukan Peringkat Negeri Melaka Anjuran Yayasan Bank Rakyat.  Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersama Yayasan Bank Rakyat (YBR). Pertandingan ini telah disertai  oleh 3 PPD iaitu PPD Melaka Tengah , PPD Alor Gajah dan PPD Jasin yang mana kesemuanya 16 buah sekolah. SKBS telah menghantar 1 pasukan yang dilatih oleh En.Raja Faidil Adzman Bin Raja A.Samad.

Wednesday 23 August 2017

PERTANDINGAN SENAMROBIK KELAB DOKTOR MUDA JASIN 2017







Pada 19 Ogos 2017 bertempat di SK Bukit Tembakau telah diadakan Program Kelab Doktor Muda Jasin 2017  anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Jasin. Dalam Program Kelab Doktor Muda juga turut dipertandingkan Pertandingan Laporan Aktiviti Kelab Doktor Muda 2017, Pertandingan Broschure Kelab Doktor Muda dan Pertandingan Senamrobik. Pertandingan Senamrobik telah mendapat tempat kelima yang dibimbing oleh Puan Zarina Binti Talib dan Puan Suhaida Binti Alimin. Tahniah diucapkan kepada semua peserta. Pertandingan Senamrobik yang akan ke peringkat negeri pada bulan November nanti, sama-sama kita doakan pasukan senamrobik akan berjaya dalam pertandingan tersebut.

Sambutan Bulan Kemerdekaan & Hari Malaysia 2017





Pada 18 Ogos 2017 bersamaan hari jumaat yang bertempat di Dewan SKBS telah diadakan Sambutan Bulan Kemerdekaan & Hari Malaysia peringkat sekolah bagi tahun 2017. Sambutan hari ulangtahun Kemerdekaan Malaysia dan Hari Malaysia ini diadakan bertujuan untuk sama-sama menyambut dan meraikan hari ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke-60 tahun dan penubuhan Negara Malaysia yang ke-54. Di samping itu, sambutan hari ulangtahun Kemerdekaan dan Hari Malaysia ini juga bertujuan memupuk semangat patriotik dan cintakan negara di kalangan warga SK Bukit Senggeh serta mengcungkil bakat terpendam murid-murid. Majlis ini telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Bukit Senggeh iaitu Puan Nurul Azizah Binti Abdullah. Penceramah jemputan ialah Tokoh Kemerdekaan iaitu Yang Berbahagia Encik Aziz Bin Kanchil (PW 1(B) Rejimen DiRaja PARA@Komando) Pengerusi Wateran ATM Caw Rim & AJK PVATM Negeri Melaka. Sepanjang bulan kemerdekaan ini pelbagai pertandingan dan aktiviti turut dipertandingkan antaranya ialah hari pakaian tradisional, pertandingan mewarna tahap 1 dan 2, pertandingan nyanyian patriotik, pertandingan kelas bertemakan kemerdekaan, tayangan filem merdeka, perarakan merdeka, pameran merdeka dan pertandingan puisi merdeka.