Info Terkini

Friday 29 September 2017

Sambutan Maal Hijrah Peringkat Sekolah



Pada 26 September 2017 SK Bukit Senggeh telah mengadakan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Sekolah. Antara aktiviti yang telah diadakan ialah Pertandingan mewarna tahap 1 dan menulis khat bagi tahap 2 dan  juga pertandingan kuiz bertulis tahap 2 telah diadakan. Selain itu juga, aktiviti memasak bubur lambuk telah dimasak oleh guru-guru SK Bukit Senggeh.

Gotong-Royong Makmal Komputer dan Pusat Akses


SK Bukit Senggeh telah tercalon dalam kategori Anugerah Pengurusan Makmal Komputer Sekolah dan Anugerah Pengurusan Pusat Akses Sekolah dalam Anugerah Teknologi Pendidikan Negeri Melaka bagi tahun 2017. Gotong-royong membersih dan mencantikkan makmal komputer dan pusat akses telah dilakukan oleh guru-guru SKBS.

Karnival Bola Baling Putrajaya Piala Tengku Adnan Bin Tengku Mansor





Pada 16 hingga 17 September 2017 telah berlangsungnya Karnival Bola Baling Putrajaya Piala Tengku Adnan Bin Tengku Mansor yang bertempat di Gelanggang Futsal Mokhtar Dahari, Presint 18. Dalam karnival kali ini SKBS telah menghantar 2 penyertaan iaitu pasukan lelaki dan pasukan perempuan bawah 12 tahun. Pasukan lelaki telah mendapat tempat ketiga dan pasukan perempuan telah mendapat tempat keempat. Tahniah diucapkan kepada semua pemain dan jurulatih Bola Baling SKBS.

Lawatan SKBS ke Pusat Sumber SK Batang Melaka



SKBS telah mengadakan lawatan ke Pusat Sumber Sekolah SK Batang Melaka pada 21 September 2017. Kunjungan kami telah disambut oleh Guru Besar SK Batang Melaka iaitu Puan Nor 'Aine Binti Md.Sap. Penyelaras Pusat Sumber iaitu Puan Rosmini telah memberi penerangan tentang Pusat Sumber SK Batang Melaka. PSS SK Batang Melaka telah mewakili Negeri Melaka dalam Pertandingan Pusat Sumber peringkat kebangsaan pada tahun 2016. Tujuan lawatan SKBS ke SKBM ialah bertujuan untuk mendapat pendedahan tentang pengurusan Pusat Sumber Sekolah. 


Pertandingan Pakaian Tradisional






Sempena sambutan Bulan Kebangsaan & Hari Malaysia 2017 satu pertandingan pakaian tradisional telah diadakan. Tujuan pertandingan ini adalah untuk mengasah bakat murid-murid yang berketrampilan dan berani  berhadapan dengan khalayak ramai. Pertandingan ini telah dimenangi oleh Amna Nafeesa Binti Haminuddin manakala tempat kedua dimenangi oleh Azra Nuha Maisara Binti Haminuddin.

Thursday 28 September 2017

Majlis Bacaan Yassin Perdana & Solat Hajat UPSR 2017


Pada 8 September 2017 bersamaan 17 Zulhijjah 1438H telah diadakan Majlis Bacaan Yassin Perdana & Solat Hajat UPSR 2017. Tujuan utama majlis ini diadakan ialah untuk murid tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR. Penganjuran majlis ini sebagai salah satu usaha untuk membantu para pelajar dari segi kerohanian dan memohon kepada Allah S.W.T supaya pelajar tahun 6 dipermudahkan menduduki peperiksaan UPSR. Majlis ini turut disertai oleh guru-guru, staf, murid-murid tahun 6, serta ibu-bapa murid yang terlibat. Terima Kasih diucapkan kepada ibu-bapa yang sudi hadir ke majlis ini.