Info Terkini

Wednesday 21 February 2018

Majlis Penyampaian Watikah Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Kelas & Penolong Ketua Kelas

Penyampaian Watikah Pelantikan Penolong Ketua Pengawas

Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas

Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Pusat Sumber


Penyampaian Watikah Pelantikan Ketua Kelas

Majlis Penyampaian Watikah Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Kelas & Penolong Ketua Kelas telah diadakan pada 15 Januari 2018 bertempat di Dewan SK Bukit Senggeh. Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Balai, Balai Polis Selandar. Matlamat program ini ialah bagi melahirkan murid yang berkepimpinan, berwibawa dan berdisiplin. Selain itu juga, meningkatkan disiplin dalam kalangan murid dan membantu pengurusan sekolah dibantu oleh murid-murid yang berketrampilan serta memberi motivasi kepada murid-murid yang lain. Majlis dimulakan dengan Bacaan Doa oleh Ustaz Mohd Syahzul Bakri Bin Yunus. Penyampaikan watikah pelantikan disampaikan oleh Ketua Balai, Balai Polis Selandar.

Pelancaran Nilam & VLE Frog 2018

Pelancaran Nilan & VLE FROG

Persembahan Story Telling

Pesembahan Pengawas Pusat Sumber

Persembahan Pantun

Penyerahan ID VLE FROG

Pelancaran Nilam & VLE Frog bagi tahun 2018 telah diadakan pada 12 Februari 2018 bertempat di Dataran Perhimpunan SK Bukit Senggeh bermula dari jam 7.30 pagi yang telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Bukit Senggeh iaitu Puan Nurul Azizah Binti Abdullah. Tujuan pelancaran ini diadakan adalah untuk meningkatkan minat membaca yang berterusan dengan mempelbagaikan bahan bacaan sesuai dengan tahap perkembangan murid. Selain itu juga, mengenalpasti dan melahirkan tokoh yang banyak membaca, berketrampilan serta mempunyai sifat-sifat pemimpin dan berhasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cinta kepada budaya membaca dan budaya ilmu. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Syahzul Bakri Bin Yunus dan persembahan oleh Pengawas Pusat Sumber Sekolah. Majlis dimeriahkan lagi dengan gimik pelancaran dan persembahan story telling and acting The Great Big Turnip oleh murid tahun 2 dan persembahan pantun kanak-kanak oleh murid tahun 3.

Program Guru Penyayang


Perasmian Oleh Guru Besar

Guru-Guru SKBS 

Penyampaian Cenderamata kepada Murid

Penyampaian Cenderamata Kepada Murid

Penyampaian Cenderamata Kepada Guru

Pada 29 Januari 2018 telah diadakan satu Pelancaran Program Guru Penyayang bagi tahun 2018. Di antara objektif program ini ialah menjiwai  amalan penyayang adalah budaya guru. Selain itu juga menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan satu anugerah dan rahmat buat sekolah dan juga menyedari bahawa setiap murid adalah satu amanah dan juga aset kepada sekolah. Program ini telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Bukit Senggeh iaitu Puan Nurul Azizah Binti Abdullah. Dalam program ini, turut memberikan cenderamata kepada murid-murid, guru dan kakitangan melalui sambutan hari lahir mengikut bulan kelahiran.