Pada 30 Disember 2015 jam 8.30 pagi telah diadakan orientasi dan taklimat IbuBapa pra sekolah dan tahun 1 bagi sesi 2016. Tujuan program orientasi ini diadakan untuk menyesuaikan para pelajar dengan suasana baru di alam persekolahan. Selamat datang diucapkan kepada semua pelajar.
Info Terkini
Wednesday, 30 December 2015
Tuesday, 8 December 2015
Perjumpaan Bersama Ibubapa Penjaga Tahun 6 Kali Pertama
Pada 07 Disember 2015 telah diadakan satu perjumpaan antara ibubapa murid tahun 6 bersama guru-guru tahun 6 bertempat di Makmal Komputer.Perjumpaan ini bertujuan untuk meningkatkan peratus kelulusan UPSR supaya lebih tinggi berbanding 2015,selain daripada itu meningkatkan 100% pencapaian bagi semua matapelajaran UPSR.Selain berbincang mengenai program kecemerlangan pelajar,pelajar juga perlu membuat ikrar "Aku Janji" dihadapan ibubapa mereka.Sokongan yang padu daripada para ibubapa sangat diperlukan oleh pihak sekolah demi meningkatkan prestasi dan pencapaian pelajar bagi menghadapi UPSR 2016 nanti.Terima kasih diucapkan kepada para ibubapa yang sudi memberikan kerjasama kepada pihak sekolah,semoga keputusan UPSR 2016 akan lebih cemerlang,sama-sama kita doakan.
Majlis Berkhatan 2015
Pada 6 Disember 2015 telah berlangsungnya Majlis Berkhatan beramai-ramai sempena cuti sekolah bagi tahun 2015.Seramai 8 orang pelajar telah terlibat dalam majlis tersebut.Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan semburan air kepada para peserta oleh Anggota Bomba.
Subscribe to:
Posts (Atom)