Info Terkini

Friday 9 March 2018

Majlis Tadarus Al-Quran (MTQSS) Kawasan Jasin 2018





Majlis Tadarus Al-Quran (MTQSS) Kawasan Jasin  bagi tahun 2018 telah diadakan pada 7 Mac 2018 bertempat di SK Bukit Senggeh. Tahun ini merupakan julung kalinya SK Bukit Senggeh menjadi tuan rumah. Objektif Majlis ini diadakan ialah mengesan bakat murid supaya terbaik dalam pembacaan Al-Quran dan mengikut peraturan tarannum, mampu bercerita kisah-kisah dari Al-Quran dan menyesuaikan kisah tersebut dengan isu semasa sebagai pengajaran. Selain itu juga berjaya menghafaz Al-Quran mengikut peraturan tajwid dan panduan Qiraat Assab'ah. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pegawai SIC Partner PPD Jasin iaitu Encik Masa'ud Bin Marzuki. Sebanyak 33 buah sekolah kawasan jasin telah menyertai Majlis ini. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang Majlis Tadarus Al-Quran untuk tahun 2018. 

Merentas Desa & Road Relay SK Bukit Senggeh 2018







Pada 23 Februari 2018 telah berlangsungnya Merentas Desa & Road Relay SK Bukit Senggeh  bagi tahun 2018.  Merentas Desa & Road Relay SK Bukit Senggeh 2018 telah dirasmikan oleh Guru Besar iaitu Puan Nurul Azizah Binti Abdullah.  Merentas Desa & Road Relay dibahagikan kepada 3 kategori iaitu mengikut tahap masing-masing. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang menjayakan Merentas Desa & Road Relay SK Bukit Senggeh 2018.



Thursday 8 March 2018

Pertandingan Ujibakat KOAKADEMIK 2018




Pertandingan Ujibakat KOAKADEMIK 2018 telah diadakan pada 22 Februari 2018 bertempat di Makmal Komputer SK Bukit Senggeh. Pertandingan ujibakat KOAKADEMIK ini diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru yang belum terserlah dikalangan para pelajar SK Bukit Senggeh, malahan ia juga adalah untuk membekalkan pelapis baru bagi persiapan pertandingan-pertandingan yang bakal diadakan di peringkat daerah mahupun negeri. Pertandingan KOAKADEMIK ini telah dianjurkan oleh Kebitaraan Bahasa Melayu SKBS. Dalam pertandingan kali ini telah dibahagikan kepada 3 kategori iaitu bercerita, nyanyian solo dan bersajak.