Bahasa Melayu Merentas Arus Globalisasi
melalui Dunia Teknologi Maklumat dan
Komunikasi Peringkat Kebangsaan.
Sekolah Kebangsaan Bukit
Senggeh telah diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai sebuah
Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 8/ 2014 yang mana kebitaraannya adalah
Bahasa Melayu. Dengan itu, pelbagai program telah dirancang dan diluluskan oleh
pihak Kementerian.
Universiti Teknologi
Mara (UiTM) Cawangan Lendu, Melaka telah ditindikkan bersama Sekolah Kebangsaan Bukit Senggeh untuk
menjalankan program secara berkolaborasi. Program ini dinamakan jalinan bersama
IPT yang mana program yang telah dirancang dilaksanakan dengan usahasama
kedua-dua pihak. Oleh itu, dengan kewangan yang telah diluluskan maka satu program
telah dirangka dan akan dijalankan pada masa yang akan ditetapkan. Program ini
akan melibatkan tiga buah negeri iaitu Negeri Melaka, Johor dan Negeri Sembilan
di Peringkat Kebangsaan. Bersama-sama program ini, terdapat tiga pertandingan dianjurkan iaitu :
1. Pertandingan Sayembara Puisi Secara "Selfie".
2. Pertandingan Kesalahan Penggunaan Bahasa Pada Papan Tanda Secara "Selfie".
3. Pertandingan Membina Powerpoint Tentang Tatabahasa.
“Selfie” bermaksud mengambil gambar atau wajah sendiri menggunakan
kamera atau telefon bimbit tanpa memerlukan bantuan orang lain. “Selfie”
merupakan singkatan daripada perkataan
bahasa Inggeris iaitu ”Self Potrait Photography”. Dalam erti kata lain, ia
merupakan perbuatan individu yang suka mengambil wajah seorang diri dan memuat
naik foto tersebut ke laman sosial. Selain itu, si “Selfie” ini juga berharap
agar fotonya itu mendapat perhatian umum seperti komen, “like” dan sebagainya.
Selfie juga dijelaskan oleh Oxford
Dictionaries sebagai: "A photograph that one has taken of oneself,
typically one taken with a smartphone or webcam and uploaded to a social media website." Maksudnya: Satu
gambar seseorang
yang telah diambil sendiri, biasanya diambil dengan telefon pintar atau webcam
dan dimuat naik ke laman web media sosial.
Justeru itu, berdasarkan perkembangan arus
teknologi maklumat yang semakin canggih dari masa ke semasa, dunia pendidikan
harus bergerak seiring untuk melahirkan modal insan yang mempunyai kemahiran
berfikiran aras tinggi (KBAT). Bersesuaian dengan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) tahun 2013 hingga 2025 yang mana objektif pertama memahami prestasi dan cabaran semasa. Berdasarkan objektif ini, sistem Pendidikan
Malaysia memberi tumpuan kepada akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan
kecekapan.
Melalui pengiktirafan yang diberikan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia kepada sekolah iaitu mewujudkan Sekolah Kluster
Kecemerlangan sedikit sebanyak membantu perkembangan teknologi dalam
pendidikan. Dengan itu, satu program telah dirancang untuk mewujudkan sesuatu
kelainan berdasarkan pertandingan sajak, syair dan kesalahan bahasa pada papan
tanda yang mana sebelum ini dipertandingkan secara tontonan. Tetapi, pada kali
ini pengelola akan menampilkan sesuatu kelainan yang mana peserta-peserta akan
bersajak, bersyair dan menunjukkan kesalahan penggunaan bahasa dengan cara
“selfie”.
Pertandingan : i. Pertandingan Sayembara Puisi secara ”selfie”.
ii. Pertandingan
Penerangan Kesalahan Penggunaan Bahasa
Pada papan tanda secara ”selfie”.
iii. Pertandingan
Membina Powerpoint Tentang Tatabahasa.
Tarikh : Bulan Ogos hingga September
Oktober
(Majlis Penyampaian Hadiah)
Tempat : SK Bukit Senggeh dan UiTM Lendu,
Melaka.
Kumpulan
Sasaran : Murid-murid Tahap 2 (Tahun 4,5 dan 6)
Senarai Sekolah Yang Terlibat :
Hadiah Bagi Setiap Pertandingan:
Tempat Pertama : Hadiah Bernilai RM 100 beserta Sijil
Tempat Kedua : Hadiah Bernilai RM 80 beserta Sijil
Tempat Ketiga : Hadiah Bernilai RM 60 beserta Sijil
Tempat Ke-4 hingga Ke-10 : Hadiah Bernilai RM 30 beserta Sijil
Tempat Ke-11 hingga Ke-16 : Hadiah Bernilai RM 10 beserta Sijil
*Kertas Konsep bagi setiap pertandingan boleh di muat turun di ruangan / halaman muat turun.
*Kertas Konsep bagi setiap pertandingan boleh di muat turun di ruangan / halaman muat turun.
No comments:
Post a Comment