Pada 29 Mac 2016, satu Bengkel Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bagi tahap 2 telah diadakan di Dewan SK Bukit Senggeh. Bengkel ini telah diadakan bagi menggantikan aktiviti kokurikulum ini adalah kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan dan arahan daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia agar sebarang aktiviti dihentikan sementara waktu. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan serta memperkukuhkan pengalaman mengaplikasi kemahiran berfikir aras tinggi dalam amalan bilik darjah. Bengkel ini telah dikendalikan oleh guru-guru SK Bukit Senggeh. Tahniah diucapkan kepada semua yang menjayakan bengkel ini.
No comments:
Post a Comment