Info Terkini

Tuesday 29 May 2018

Program Khidmat Masyarakat Bersama Komuni (Projek Mini Perpustakaan)



Program Mini Perpustakaan  ini adalah program Kebitaraan Bahasa Melayu yang bertempat di Taman Eko-Rimba Bukit Batu Lebah, Kampung Bukit Senggeh, Selandar, Melaka. Rasional lokasi pemilihan Perpustakaan Mini in memandangkan tempat ini sering dikunjungi oleh pelbagai pihak seperti sekolah, universiti, kerajaan dan swasta. Perpustakaan Mini ini menyediakan pelbagai jenis buku yang dikumpulkan daripada pelbagai penyumbang tidak kira lapisan masyarakat. Perpustakaan mini ini telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Bukit Senggeh iaitu Puan Nurul Azizah Binti Abdullah.

Majlis Tautan Kasih Sanjungan Budi Sempena Persaraan Pn.Hajah Yatimah






Majlis Tautan Kasih Sanjungan Budi Sempena Persaraan Pn.Hajah Yatimah Binti Johari telah  diadakan pada 28 Mei 2018 bertempat di Dewan SK Bukit Senggeh. Pn.Hajah Yatimah telah berkhidmat sebagai guru bermula 1 Januari 1985 hingga 30 Mei 2018. Beliau bersara di usia 56 tahun iaitu tempoh perkhidmatan selama 33 tahun di dalam bidang perguruan. Beliau merupakan seorang guru pemulihan di SK Bukit Senggeh. Beliau mula berkhidmat di SK Bukit Senggeh pada 1 Januari 2003 dan merupakan sekolah ketiga dalam perkhidmatannya.. Kami warga SK Bukit Senggeh mengucapkan Selamat Bersara kepada Puan Hajah Yatimah. 






Sunday 6 May 2018

PERTANDINGAN SENAMROBIK KELAB DOKTOR MUDA JASIN 2018



Pertandingan Senamrobik Kelab Doktor Muda Jasin 2018 telah diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin pada 3 April 2018. Pertandingan ini adalah anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Jasin. Pertandingan senamrobik bagi tahun 2018, SK Bukit Senggeh berjaya mendapat tempat ke 4 daripada 22 buah sekolah di Daerah Jasin. Pasukan senamrobik SK Bukit Senggeh telah dibimbing oleh Puan Zarina Binti Talib dan Puan Suhaida Binti Alimin. Tahniah diucapkan kepada pasukan senamrobik SKBS.

Pelancaran Program Kem Membaca 1Malaysia Peringkat Sekolah Tahun 2018



Pelancaran Program Kem Membaca 1Malaysia Peringkat Sekolah Tahun 2018 telah dirasmikan oleh Guru Besar iaitu Puan Nurul Azizah Binti Abdullah. Tema program ini ialah "Pembacaan Berkualiti Menjana Minda Bestari". Program Membaca 1Malaysia (KM1M) merupakan satu aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia bertujuan unuk mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan dikalangan murid. Matlamat program ini ialah mengisi masa lapang murid dengan aktiviti membaca dan memupuk minat membaca secara berterusan serta menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bacaan.

Kejohanan Sukan Tahunan Dan Komuniti 2018 Kali ke -61










Kejohanan Sukan Tahunan Dan Komuniti 2018 Kali ke -61 SK Bukit Senggeh telah dilangsungkan pada 26 April 2018 bertempat di Padang SK Bukit Senggeh. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh En Mohd Mogni Bin Hamzah iaitu Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan PPD Jasin. Tema Kejohanan Sukan bagi tahun 2018 ialah "Badan Cergas, Minda Cerdas". Pelbagai acara kejohanan dipertandingkan antaranya ialah 80 meter, 100 meter, 200 meter, 4 x 50 meter, 4 x 100 meter, lontar peluru, lompat jauh, lompat tinggi dan acara sukaneka. Dalam kejohanan kali ini Muhammad Azzariefan Bin Mohd Razali telah dinobatkan sebagai Olahragawan Sekolah bagi tahun 2018 manakala Olahragawati Sekolah ialah Siti Norfatihah Binti Noor Hisyam. Muhammad Hafiz Tajuddin Bin Hassan telah dinobatkan sebagai Olahragawan Harapan manakala Nurul Sakinah Binti Noradin telah dinobatkan sebagai Olahragawati Harapan. Bagi tahun 2018 Rumah Sukan Merah telah menjadi Johan Keseluruhan bagi Kejohanan Sukan kali ini. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Friday 9 March 2018

Majlis Tadarus Al-Quran (MTQSS) Kawasan Jasin 2018





Majlis Tadarus Al-Quran (MTQSS) Kawasan Jasin  bagi tahun 2018 telah diadakan pada 7 Mac 2018 bertempat di SK Bukit Senggeh. Tahun ini merupakan julung kalinya SK Bukit Senggeh menjadi tuan rumah. Objektif Majlis ini diadakan ialah mengesan bakat murid supaya terbaik dalam pembacaan Al-Quran dan mengikut peraturan tarannum, mampu bercerita kisah-kisah dari Al-Quran dan menyesuaikan kisah tersebut dengan isu semasa sebagai pengajaran. Selain itu juga berjaya menghafaz Al-Quran mengikut peraturan tajwid dan panduan Qiraat Assab'ah. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pegawai SIC Partner PPD Jasin iaitu Encik Masa'ud Bin Marzuki. Sebanyak 33 buah sekolah kawasan jasin telah menyertai Majlis ini. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang Majlis Tadarus Al-Quran untuk tahun 2018. 

Merentas Desa & Road Relay SK Bukit Senggeh 2018







Pada 23 Februari 2018 telah berlangsungnya Merentas Desa & Road Relay SK Bukit Senggeh  bagi tahun 2018.  Merentas Desa & Road Relay SK Bukit Senggeh 2018 telah dirasmikan oleh Guru Besar iaitu Puan Nurul Azizah Binti Abdullah.  Merentas Desa & Road Relay dibahagikan kepada 3 kategori iaitu mengikut tahap masing-masing. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang menjayakan Merentas Desa & Road Relay SK Bukit Senggeh 2018.



Thursday 8 March 2018

Pertandingan Ujibakat KOAKADEMIK 2018




Pertandingan Ujibakat KOAKADEMIK 2018 telah diadakan pada 22 Februari 2018 bertempat di Makmal Komputer SK Bukit Senggeh. Pertandingan ujibakat KOAKADEMIK ini diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru yang belum terserlah dikalangan para pelajar SK Bukit Senggeh, malahan ia juga adalah untuk membekalkan pelapis baru bagi persiapan pertandingan-pertandingan yang bakal diadakan di peringkat daerah mahupun negeri. Pertandingan KOAKADEMIK ini telah dianjurkan oleh Kebitaraan Bahasa Melayu SKBS. Dalam pertandingan kali ini telah dibahagikan kepada 3 kategori iaitu bercerita, nyanyian solo dan bersajak. 

Wednesday 21 February 2018

Majlis Penyampaian Watikah Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Kelas & Penolong Ketua Kelas

Penyampaian Watikah Pelantikan Penolong Ketua Pengawas

Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas

Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Pusat Sumber


Penyampaian Watikah Pelantikan Ketua Kelas

Majlis Penyampaian Watikah Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Kelas & Penolong Ketua Kelas telah diadakan pada 15 Januari 2018 bertempat di Dewan SK Bukit Senggeh. Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Balai, Balai Polis Selandar. Matlamat program ini ialah bagi melahirkan murid yang berkepimpinan, berwibawa dan berdisiplin. Selain itu juga, meningkatkan disiplin dalam kalangan murid dan membantu pengurusan sekolah dibantu oleh murid-murid yang berketrampilan serta memberi motivasi kepada murid-murid yang lain. Majlis dimulakan dengan Bacaan Doa oleh Ustaz Mohd Syahzul Bakri Bin Yunus. Penyampaikan watikah pelantikan disampaikan oleh Ketua Balai, Balai Polis Selandar.

Pelancaran Nilam & VLE Frog 2018

Pelancaran Nilan & VLE FROG

Persembahan Story Telling

Pesembahan Pengawas Pusat Sumber

Persembahan Pantun

Penyerahan ID VLE FROG

Pelancaran Nilam & VLE Frog bagi tahun 2018 telah diadakan pada 12 Februari 2018 bertempat di Dataran Perhimpunan SK Bukit Senggeh bermula dari jam 7.30 pagi yang telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Bukit Senggeh iaitu Puan Nurul Azizah Binti Abdullah. Tujuan pelancaran ini diadakan adalah untuk meningkatkan minat membaca yang berterusan dengan mempelbagaikan bahan bacaan sesuai dengan tahap perkembangan murid. Selain itu juga, mengenalpasti dan melahirkan tokoh yang banyak membaca, berketrampilan serta mempunyai sifat-sifat pemimpin dan berhasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cinta kepada budaya membaca dan budaya ilmu. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Syahzul Bakri Bin Yunus dan persembahan oleh Pengawas Pusat Sumber Sekolah. Majlis dimeriahkan lagi dengan gimik pelancaran dan persembahan story telling and acting The Great Big Turnip oleh murid tahun 2 dan persembahan pantun kanak-kanak oleh murid tahun 3.