Info Terkini

Tuesday 29 May 2018

Program Khidmat Masyarakat Bersama Komuni (Projek Mini Perpustakaan)



Program Mini Perpustakaan  ini adalah program Kebitaraan Bahasa Melayu yang bertempat di Taman Eko-Rimba Bukit Batu Lebah, Kampung Bukit Senggeh, Selandar, Melaka. Rasional lokasi pemilihan Perpustakaan Mini in memandangkan tempat ini sering dikunjungi oleh pelbagai pihak seperti sekolah, universiti, kerajaan dan swasta. Perpustakaan Mini ini menyediakan pelbagai jenis buku yang dikumpulkan daripada pelbagai penyumbang tidak kira lapisan masyarakat. Perpustakaan mini ini telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Bukit Senggeh iaitu Puan Nurul Azizah Binti Abdullah.

Majlis Tautan Kasih Sanjungan Budi Sempena Persaraan Pn.Hajah Yatimah






Majlis Tautan Kasih Sanjungan Budi Sempena Persaraan Pn.Hajah Yatimah Binti Johari telah  diadakan pada 28 Mei 2018 bertempat di Dewan SK Bukit Senggeh. Pn.Hajah Yatimah telah berkhidmat sebagai guru bermula 1 Januari 1985 hingga 30 Mei 2018. Beliau bersara di usia 56 tahun iaitu tempoh perkhidmatan selama 33 tahun di dalam bidang perguruan. Beliau merupakan seorang guru pemulihan di SK Bukit Senggeh. Beliau mula berkhidmat di SK Bukit Senggeh pada 1 Januari 2003 dan merupakan sekolah ketiga dalam perkhidmatannya.. Kami warga SK Bukit Senggeh mengucapkan Selamat Bersara kepada Puan Hajah Yatimah. 






Sunday 6 May 2018

PERTANDINGAN SENAMROBIK KELAB DOKTOR MUDA JASIN 2018



Pertandingan Senamrobik Kelab Doktor Muda Jasin 2018 telah diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin pada 3 April 2018. Pertandingan ini adalah anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Jasin. Pertandingan senamrobik bagi tahun 2018, SK Bukit Senggeh berjaya mendapat tempat ke 4 daripada 22 buah sekolah di Daerah Jasin. Pasukan senamrobik SK Bukit Senggeh telah dibimbing oleh Puan Zarina Binti Talib dan Puan Suhaida Binti Alimin. Tahniah diucapkan kepada pasukan senamrobik SKBS.

Pelancaran Program Kem Membaca 1Malaysia Peringkat Sekolah Tahun 2018



Pelancaran Program Kem Membaca 1Malaysia Peringkat Sekolah Tahun 2018 telah dirasmikan oleh Guru Besar iaitu Puan Nurul Azizah Binti Abdullah. Tema program ini ialah "Pembacaan Berkualiti Menjana Minda Bestari". Program Membaca 1Malaysia (KM1M) merupakan satu aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia bertujuan unuk mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan dikalangan murid. Matlamat program ini ialah mengisi masa lapang murid dengan aktiviti membaca dan memupuk minat membaca secara berterusan serta menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bacaan.

Kejohanan Sukan Tahunan Dan Komuniti 2018 Kali ke -61










Kejohanan Sukan Tahunan Dan Komuniti 2018 Kali ke -61 SK Bukit Senggeh telah dilangsungkan pada 26 April 2018 bertempat di Padang SK Bukit Senggeh. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh En Mohd Mogni Bin Hamzah iaitu Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan PPD Jasin. Tema Kejohanan Sukan bagi tahun 2018 ialah "Badan Cergas, Minda Cerdas". Pelbagai acara kejohanan dipertandingkan antaranya ialah 80 meter, 100 meter, 200 meter, 4 x 50 meter, 4 x 100 meter, lontar peluru, lompat jauh, lompat tinggi dan acara sukaneka. Dalam kejohanan kali ini Muhammad Azzariefan Bin Mohd Razali telah dinobatkan sebagai Olahragawan Sekolah bagi tahun 2018 manakala Olahragawati Sekolah ialah Siti Norfatihah Binti Noor Hisyam. Muhammad Hafiz Tajuddin Bin Hassan telah dinobatkan sebagai Olahragawan Harapan manakala Nurul Sakinah Binti Noradin telah dinobatkan sebagai Olahragawati Harapan. Bagi tahun 2018 Rumah Sukan Merah telah menjadi Johan Keseluruhan bagi Kejohanan Sukan kali ini. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.