Info Terkini

Wednesday 30 December 2015

Orientasi Dan Taklimat IbuBapa Pra Sekolah dan Tahun 1 Bagi Sesi 2016

Pada 30 Disember 2015 jam 8.30 pagi  telah diadakan orientasi dan taklimat IbuBapa pra sekolah dan tahun 1 bagi sesi 2016. Tujuan program orientasi  ini diadakan untuk menyesuaikan para pelajar dengan suasana baru di alam persekolahan. Selamat datang diucapkan kepada semua pelajar.

Tuesday 8 December 2015

Perjumpaan Bersama Ibubapa Penjaga Tahun 6 Kali Pertama

Pada 07 Disember 2015 telah diadakan satu perjumpaan antara ibubapa murid tahun 6 bersama guru-guru tahun 6 bertempat di Makmal Komputer.Perjumpaan ini bertujuan untuk meningkatkan peratus kelulusan UPSR supaya lebih tinggi berbanding 2015,selain daripada itu meningkatkan 100% pencapaian bagi semua matapelajaran UPSR.Selain berbincang mengenai program kecemerlangan pelajar,pelajar juga perlu membuat ikrar "Aku Janji" dihadapan ibubapa mereka.Sokongan yang padu daripada para ibubapa sangat diperlukan oleh pihak sekolah demi meningkatkan prestasi dan pencapaian pelajar bagi menghadapi UPSR 2016 nanti.Terima kasih diucapkan kepada para ibubapa yang sudi memberikan kerjasama kepada pihak sekolah,semoga keputusan UPSR 2016 akan lebih cemerlang,sama-sama kita doakan.

Majlis Berkhatan 2015

Pada 6 Disember 2015 telah berlangsungnya Majlis Berkhatan beramai-ramai sempena cuti sekolah bagi tahun 2015.Seramai 8 orang pelajar telah terlibat dalam majlis tersebut.Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan semburan air kepada para peserta oleh Anggota Bomba.

Wednesday 25 November 2015

Program Jalinan SKBS bersama IPT (Uitm)

Pada 25 November 2015, telah berlangsungnya Program Jalinan SK Bukit Senggeh bersama IPT (UiTM) bertempat di Uitm Lendu Melaka. Program ini dihadiri oleh seramai 4 orang guru dari SKBS dan diiringi seorang staf, manakala di pihak Uitm, panel-panel terdiri dari pensyarah-pensyarah Bahasa. 

Jamuan Tahunan Dan Majlis Jasamu Dikenang

Pada 20 November 2015 bersamaan hari jumaat, Majlis Jamuan Tahunan Dan Jasamu Dikenang SKBS 2015 telah diadakan di The Bayview Hotel pada pukul 3 petang. Majlis ini dijalankan sebagai salah satu program wajib tahunan di samping mengenang jasa pegawai yang telah dan akan bertukar. Pegawai yang diraikan adalah seramai 3 orang iaitu, Cik Saharizat Binti Yaakop, En. Mohd Faiz Bin Mohd Zin dan En. Aiman selaku guru praktikal. Majlis ini dimeriahkan dengan kkehadiran semua warga SKBS dengan aktiviti penyampaian hadiah hari lahir, cenderahati serta pertukaran hadiah antara guru-guru.

Pengumuman Keputusan UPSR

Pada 17 November 2015, keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) telah diumumkan, seorang pelajar telah mendapat keputusan yang cemerlang 5A, manakala 3 orang lagi pelajar mendapat keputusan 4A 1B. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya, manakala yang kurang berjaya, jangan berputus asa dan tingkatkan usaha.

Wednesday 4 November 2015

Temasya Sukan Tahunan SKBS 2015

Pada 29.10.2015, telah berlangsungnya Temasya Sukan Tahunan SKBS 2015 di padang sekolah. Temasya ini telah bermula pada pukul 2.00 petang hingga pukul 6.00 petang penuh dengan pelbagai aktiviti yang disertai oleh murid-murid, guru dan ibu-bapa.

Sunday 25 October 2015

Kejohanan Bola Baling Peringkat Kebangsaan di SK Seliau

Pada 23 Oktober 2015, pasukan bola baling lelaki dan perempuan SKBS bersama beberapa orang guru telah berangkat ke IPG Kampus Raja Melewar di Seremban. Mereka bertolak pada pukul 3 petang dengan menaiki bas. Diucapkan semoga mereka beroleh kejayaan serta selamat pergi dan balik. Terima kasih. 

Thursday 22 October 2015

Pertandingan Projek Inovasi Kelab Dan Persatuan Sekolah Rendah

Pada 22 Oktober 2015, telah berlangsungnya Pertandingan Projek Inovasi Kelab Dan Persatuan Sekolah Rendah Negeri Melaka. Pasukan SK Bukit telah berjaya mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan tersebut..Tahniah diucapkan.

Tuesday 20 October 2015

Mesyuarat AJK PIBG

Mesyuarat AJK PIBG sedang dijalankan
Assalamualaikum, pada 20 Oktober 2015, telah berlangsungnya mesyuarat AJK PIBG bertempat di makmal komputer SKBS. Mesyuarat ini tetap dijalankan walaupun warga sekolah sedang bercuti ekoran faktor jerebu. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh tuan guru besar dan bertujuan untuk membincangkan mengenai Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah serta hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar SKBS.

Thursday 15 October 2015

Mesyuarat Perancangan Strategik 2016-2020 dan Taklimat Pengisian LNPT online dalam portal Hrmis

Pada 13.10.2015, telah berlangsungnya dua majlis penting di makmal komputer Sk Bukit Senggeh iaitu Mesyuarat Perancangan Strategik 2016-2020 yang dipengerusikan oleh tuan guru besar, serta taklimat LNPT online Hrmis oleh Puan Roshafiza. Mesyuarat dihadiri oleh guru-guru dan staf SKBS yang terlibat.

Sunday 11 October 2015

Kem Kecemerlangan Bahasa Melayu Dan Potensi Diri 2015

Pada 10.10.2015- 11.10.2015 telah berlangsungnya Kem Kecemerlangan Bahasa Melayu Dan Potensi Diri 2015 oleh SK Bukit Senggeh bertempat di Kem Anjung Tasik, Durian Tunggal Melaka. Program ini adalah sebahagian daripada program di bawah Kebitaraan Bahasa Melayu Sekolah Kluster Kecemerlangan SK Bukit Senggeh.

Sambutan Hari Sukan Negara

Pada 10.10.2015 telah diadakan majlis Sambutan Hari Sukan Negara di Sekolah Kebangsaan Bukit Senggeh melibatkan murid-murid sekolah serta guru-guru. Acara ini telah dirasmikan oleh Guru Besar.

Thursday 1 October 2015

Taklimat Pemakanan Sihat Dari Pegawai Pejabat Kesihatan

Satu taklimat bertajuk Pemakanan Sihat telah berlangsung di makmal komputer skbs dari pegawai Pejabat Kesihatan Jasin. Taklimat ini melibatkan murid-murid tahap dua juga disertai oleh beberapa orang guru.

Sunday 20 September 2015

Karnival Mini Bola Baling Bawah 11 Tahun Tertutup Negeri Melaka.

Sabtu, 19 September 2015, telah berlangsungnya Karnival Mini Bola Baling Bawah 11 Tahun Tertutup Negeri Melaka di SP Futsal Cheng anjuran SK Bukit Senggeh. Pertandingan ini adalah salah satu program di bawah kebitaraan Ko-kurikulum, iaitu bola baling.Pertandingan ini mendapat penyertaan dari sekolah-sekolah di negeri Melaka, di antaranya ialah SK Duyong, SK Sri Lanang, SK Kem Terendak 2, SK Selandar, dan SK Kemendor.

Dalam pertandingan ini, pasukan bola baling perempuan SKBS telah menjadi Johan, membawa pulang wang tunai, piala, medal dan sijil, manakala pasukan lelaki tidak kurang hebatnya dengan menjadi naib johan. Tahniah diucapkan kepada pasukan bola baling dan juga warga SKBS yang telah berjaya menganjurkan pertandingan ini. 

Sunday 13 September 2015

Kejohanan Bola Baling Peringkat Kebangsaan Jemputan Sekolah Kluster Kecemerlangan Bawah 11 Tahun

Assalamualaikum, pada 10-13 September 2015, pasukan bola baling SKBS telah menyertai Kejohanan Bola Baling Peringkat Kebangsaan Jemputan Sekolah Kluster Kecemerlangan Bawah 11 Tahun di Raub, Pahang. Kejohanan anjuran SK Bandar Raub ini disertai oleh enam buah sekolah iaitu SK Bandar Raub (Pahang), SK Tok Randok (Terengganu), SK Jelawat (Kelantan), SK Bukit Panau (Kelantan), SK Bukit Senggeh (Melaka) dan SK Seliau (N. Sembilan).

Dalam kejohanan ini, pasukan bola baling perempuan SKBS telah berjaya mendapat tempat ke-3 manakala pasukan lelaki berjaya di tempat ke-5.Tahniah diucapkan kepada pasukan bola baling SKBS.

Sunday 6 September 2015

Majlis Bacaan Yaasin Dan Solat Hajat Untuk Pelajar Tahun 6 Yang Bakal Menduduki UPSR

4 September 2015, SK Bukit Senggeh telah mengadakan Majlis Bacaan Yaasin Dan Solat Hajat untuk murid tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR. Majlis ini turut disertai oleh guru-guru, staf, murid-murid tahun 6, serta ibu-bapa murid yang terlibat.Terima Kasih diucapkan kepada ibu-bapa yang sudi hadir ke majlis ini.

Majlis Restu Ilmu Murid Tahun 6

7 September 2015, satu majlis ringkas yang disebut sebagai Majlis Restu Ilmu Murid Tahun 6 telah diadakan selepas perhimpunan pagi di dataran perhimpunan SKBS. Majlis ini adalah simbolik para guru merestui segala ilmu yang dicurahkan kepada murid-murid tahun 6 sebelum mereka menduduki peperiksaan UPSR esok.

Kehadiran YDP Dan Timbalan YDP PIBG SK Bukit Senggeh Khas Untuk Murid Tahun 6

YDP PIBG dan Timbalannya sedang berucap 

03 September 2015, Yang Di-Pertua PIBG, iaitu En. Zambry Bin Abdul Majid serta Timbalannya, En. Mohd Zaini Bin Ajis telah hadir ke SKBS seawal 8 pagi khas untuk bertemu dan memberi semangat kepada murid-murid tahun 6 yang bakal menduduki UPSR esok. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi hadir ke sekolah untuk perkara tersebut.

Tuesday 1 September 2015

Kehadiran Pengerusi JKKK Kg. Bukit Senggeh Barat Khusus Untuk Murid Tahun 6

sekitar ucapan En. Aripin kepada murid tahun 6

2 September 2015, kehadiran Pengerusi JKKK Kg. Bukit Senggeh Barat En. Aripin seawal jam 8.00 pagi khusus untuk memberi dorongan dan kata-kata semangat kepada murid-murid tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan pada 8-10 September kelak. Pihak sekolah mengalu-alukan kehadiran beliau dan mengucapkan terima kasih di atas kesudian beliau untuk hadir ke sekolah bertemu dengan warga sekolah dan murid-murid.

Monday 31 August 2015

PROGRAM JALINAN SK BUKIT SENGGEH (SKK) BERSAMA IPT (UiTM)

 Bahasa Melayu Merentas Arus Globalisasi melalui  Dunia Teknologi Maklumat dan Komunikasi Peringkat Kebangsaan.

          Sekolah Kebangsaan Bukit Senggeh telah diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 8/ 2014 yang mana kebitaraannya adalah Bahasa Melayu. Dengan itu, pelbagai program telah dirancang dan diluluskan oleh pihak Kementerian.

          Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Lendu, Melaka telah ditindikkan bersama Sekolah Kebangsaan Bukit Senggeh untuk menjalankan program secara berkolaborasi. Program ini dinamakan jalinan bersama IPT yang mana program yang telah dirancang dilaksanakan dengan usahasama kedua-dua pihak. Oleh itu, dengan kewangan yang telah diluluskan maka satu program telah dirangka dan akan dijalankan pada masa yang akan ditetapkan. Program ini akan melibatkan tiga buah negeri iaitu Negeri Melaka, Johor dan Negeri Sembilan di Peringkat Kebangsaan. Bersama-sama program ini, terdapat tiga pertandingan dianjurkan iaitu :

1. Pertandingan Sayembara Puisi Secara "Selfie".
2. Pertandingan Kesalahan Penggunaan Bahasa Pada Papan Tanda Secara "Selfie".

3. Pertandingan Membina Powerpoint Tentang Tatabahasa.

       “Selfie” bermaksud mengambil gambar atau wajah sendiri menggunakan kamera atau telefon bimbit tanpa memerlukan bantuan orang lain. “Selfie” merupakan singkatan daripada  perkataan bahasa Inggeris iaitu ”Self Potrait Photography”. Dalam erti kata lain, ia merupakan perbuatan individu yang suka mengambil wajah seorang diri dan memuat naik foto tersebut ke laman sosial. Selain itu, si “Selfie” ini juga berharap agar fotonya itu mendapat perhatian umum seperti komen, “like” dan sebagainya.

     Selfie juga dijelaskan oleh Oxford Dictionaries sebagai: "A photograph that one has taken of oneself, typically one taken with a smartphone or webcam and uploaded to a social media website." Maksudnya: Satu gambar seseorang yang telah diambil sendiri, biasanya diambil dengan telefon pintar atau webcam dan dimuat naik ke laman web media sosial.

    Justeru itu, berdasarkan perkembangan arus teknologi maklumat yang semakin canggih dari masa ke semasa, dunia pendidikan harus bergerak seiring untuk melahirkan modal insan yang mempunyai kemahiran berfikiran aras tinggi (KBAT). Bersesuaian dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) tahun 2013 hingga 2025 yang mana objektif pertama memahami prestasi dan cabaran semasa. Berdasarkan objektif ini, sistem Pendidikan Malaysia memberi tumpuan kepada akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan.

     Melalui pengiktirafan yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kepada sekolah iaitu mewujudkan Sekolah Kluster Kecemerlangan sedikit sebanyak membantu perkembangan teknologi dalam pendidikan. Dengan itu, satu program telah dirancang untuk mewujudkan sesuatu kelainan berdasarkan pertandingan sajak, syair dan kesalahan bahasa pada papan tanda yang mana sebelum ini dipertandingkan secara tontonan. Tetapi, pada kali ini pengelola akan menampilkan sesuatu kelainan yang mana peserta-peserta akan bersajak, bersyair dan menunjukkan kesalahan penggunaan bahasa dengan cara “selfie”. 

Pertandingan   :   i.  Pertandingan Sayembara Puisi secara ”selfie”.

                          ii. Pertandingan Penerangan Kesalahan Penggunaan Bahasa  
                              Pada papan tanda secara ”selfie”.                         iii.  Pertandingan Membina Powerpoint Tentang Tatabahasa.
          
Tarikh             :   Bulan Ogos hingga September
                          Oktober (Majlis Penyampaian Hadiah)
         
Tempat           :   SK Bukit Senggeh dan UiTM Lendu, Melaka.

Kumpulan Sasaran  :  Murid-murid Tahap 2 (Tahun 4,5 dan 6)

Senarai Sekolah Yang Terlibat :

Hadiah Bagi Setiap Pertandingan:

Tempat Pertama : Hadiah Bernilai RM 100 beserta Sijil

Tempat Kedua   :  Hadiah Bernilai RM 80 beserta Sijil

Tempat Ketiga   :  Hadiah Bernilai RM 60 beserta Sijil

Tempat Ke-4 hingga Ke-10     :  Hadiah Bernilai RM 30 beserta Sijil

Tempat Ke-11 hingga Ke-16   :  Hadiah Bernilai RM 10 beserta Sijil

*Borang Penyertaan perlu dihantar sebelum 18 September 2015.
*Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 September 2015.

*Kertas Konsep bagi setiap pertandingan boleh di muat turun di ruangan / halaman muat turun. 

Kehadiran Wakil PIBG dan JKKK Kg. Bukit Senggeh Khas Untuk Murid Tahun 6

En. Yazid sedang memberi ucapan kepada murid tahun 6

1 September 2015, kehadiran En. Yazid, wakil PIBG SK Bukit Senggeh khas untuk memberi kata-kata semangat kepada murid tahun 6. Pihak sekolah mengalu-alukan kehadiran beliau dan mengucapkan terima kasih di atas kesudian beliau dalam usaha memberi dorongan dan semangat kepada murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan UPSR.

MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN KE-58/2015

Gambar Sekitar Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan
Pada 28 Ogos 2014, satu majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan kali ke-58 tahun 2015 yang bertemakan Sehati Sejiwa telah diadakan pada jam 7.40 pagi bertempat di dataran perhimpunan SK Bukit Senggeh. 

Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan doa, ucapan perasmian Pelancaran Bulan Kemerdekaan oleh Guru Besar SK Bukit Senggeh, En. Md. Natin Bin Hj. Kasim, gimik pelancaran, laungan kemerdekaan, penyerahan bendera kepada murid-murid, persembahan murid dan nyanyian lagu patriotik.

Kehadiran Pegawai Angkat PPD Jasin Untuk Murid Tahun 6 Yang Bakal Menduduki UPSR

En. Abd. Kadir Othman sedang berucap

Pada Khamis, bersamaan 27.8.2015, Pegawai Angkat PPD Jasin bagi SK Bukit Senggeh, iaitu En. Abdul Kadir Bin Othman telah hadir ke sekolah khusus untuk memberi kata-kata semangat kepada murid-murid tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Kehadiran beliau sangat dialu-alukan oleh pihak sekolah serta murid-murid di sekolah ini.

Majlis Penyerahan Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2015 Dan Penerangan Oleh Guru Besar

Penerangan Ringkas UPSR Oleh Guru Besar

Majlis ini telah dijalankan pada hari Rabu 26.8.2015 bersama-sama murid-murid tahun 6 serta guru-guru tahun 6.

Monday 24 August 2015

Lawatan Tapak Oleh PPD Jasin, PIBG dan Penduduk Setempat

Perbincangan oleh pihak sekolah, PPD, dan penduduk setempat

25 Ogos 2015, SK Bukit Senggeh menerima kunjungan dari Pegawai PPD Jasin, AJK PIBG, serta penduduk setempat sempena lawatan tapak susulan SKBS tersenarai dalam Projek Penempatan Banjir. Lawatan ini adalah bertujuan untuk berbincang dan mengenalpasti infrastruktur sekolah yang perlu dibaiki untuk memastikan sekolah ini sesuai dan selesa untuk dijadikan pusat penempatan banjir.

Wednesday 12 August 2015

Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR Kepada Murid Tahun 6

Seramai 12 orang murid dari SK Bukit Senggeh (SKK) yang bakal menduduki peperiksaan UPSR bagi tahun 2015. Peperiksaan UPSR bagi tahun ini dijadualkan pada 8 hingga 10 September 2015.

Guru Besar, Guru-guru, Staf dan PIBG sekolah mendoakan agar murid-murid ini berjaya dengan cemerlang.In Shaa Allah.

Majlis Anugerah Sekolah & Pelajar Cemerlang UPSR, SPM, STPM & STAM Kerajaan Negeri Melaka Bagi Tahun 2014

Pada 11 Ogos 2015 (Selasa), bertempat di Dewan Seri Negeri Melaka, Majlis Anugerah Sekolah & Pelajar Cemerlang UPSR, SPM, STPM, & STAM Kerajaan Negeri Melaka Bagi Tahun 2014 yang telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Ir. Hj. Idris Bin Hj. Haron, Ketua Menteri Melaka.

Di majlis tersebut, seorang pelajar SK Bukit Senggeh (SKK) telah dinobatkan sebagai Penerima Anugerah Pelajar Cemerlang Kerajaan Negeri Melaka Bagi Tahun 2014 bagi kategori UPSR. Pelajar tersebut ialah MUHAMAD FAIRUZ BIN MUHAMAD NOR. Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH!! kepada beliau di atas pencapaian tersebut.

MUHAMAD FAIRUZ BIN MUHAMAD NOR

Dalam majlis tersebut juga, SK Bukit Senggeh (SKK) turut menerima ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG KERAJAAN NEGERI MELAKA di atas Pencapaian Terbaik dalam Peperiksaan UPSR Kategori Sekolah Kebangsaan Luar Bandar Bagi Tahun 2014.Pihak sekolah juga turut menerima cek bernilai RM 1000.00.Tahniah diucapkan.

Sijil Anugerah yang telah diterima oleh SK Bukit Senggeh (SKK)
 
Cek bernilai RM 1000 yang telah diterima oleh Guru Besar

Sunday 9 August 2015

Program Jalinan SK Bukit Senggeh (SKK) Bersama IPT (UiTM)

 Bahasa Melayu Merentas Arus Globalisasi melalui  Dunia Teknologi Maklumat dan Komunikasi Peringkat Kebangsaan.

          Sekolah Kebangsaan Bukit Senggeh telah diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 8/ 2014 yang mana kebitaraannya adalah Bahasa Melayu. Dengan itu, pelbagai program telah dirancang dan diluluskan oleh pihak Kementerian.

          Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Lendu, Melaka telah ditindikkan bersama Sekolah Kebangsaan Bukit Senggeh untuk menjalankan program secara berkolaborasi. Program ini dinamakan jalinan bersama IPT yang mana program yang telah dirancang dilaksanakan dengan usahasama kedua-dua pihak. Oleh itu, dengan kewangan yang telah diluluskan maka satu program telah dirangka dan akan dijalankan pada masa yang akan ditetapkan. Program ini akan melibatkan tiga buah negeri iaitu Negeri Melaka, Johor dan Negeri Sembilan di Peringkat Kebangsaan. Bersama-sama program ini, terdapat tiga pertandingan dianjurkan iaitu :

1. Pertandingan Sayembara Puisi Secara "Selfie".
2. Pertandingan Kesalahan Penggunaan Bahasa Pada Papan Tanda Secara "Selfie".

3. Pertandingan Membina Powerpoint Tentang Tatabahasa.

       “Selfie” bermaksud mengambil gambar atau wajah sendiri menggunakan kamera atau telefon bimbit tanpa memerlukan bantuan orang lain. “Selfie” merupakan singkatan daripada  perkataan bahasa Inggeris iaitu ”Self Potrait Photography”. Dalam erti kata lain, ia merupakan perbuatan individu yang suka mengambil wajah seorang diri dan memuat naik foto tersebut ke laman sosial. Selain itu, si “Selfie” ini juga berharap agar fotonya itu mendapat perhatian umum seperti komen, “like” dan sebagainya.

     Selfie juga dijelaskan oleh Oxford Dictionaries sebagai: "A photograph that one has taken of oneself, typically one taken with a smartphone or webcam and uploaded to a social media website." Maksudnya: Satu gambar seseorang yang telah diambil sendiri, biasanya diambil dengan telefon pintar atau webcam dan dimuat naik ke laman web media sosial.

    Justeru itu, berdasarkan perkembangan arus teknologi maklumat yang semakin canggih dari masa ke semasa, dunia pendidikan harus bergerak seiring untuk melahirkan modal insan yang mempunyai kemahiran berfikiran aras tinggi (KBAT). Bersesuaian dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) tahun 2013 hingga 2025 yang mana objektif pertama memahami prestasi dan cabaran semasa. Berdasarkan objektif ini, sistem Pendidikan Malaysia memberi tumpuan kepada akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan.

     Melalui pengiktirafan yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kepada sekolah iaitu mewujudkan Sekolah Kluster Kecemerlangan sedikit sebanyak membantu perkembangan teknologi dalam pendidikan. Dengan itu, satu program telah dirancang untuk mewujudkan sesuatu kelainan berdasarkan pertandingan sajak, syair dan kesalahan bahasa pada papan tanda yang mana sebelum ini dipertandingkan secara tontonan. Tetapi, pada kali ini pengelola akan menampilkan sesuatu kelainan yang mana peserta-peserta akan bersajak, bersyair dan menunjukkan kesalahan penggunaan bahasa dengan cara “selfie”. 
 
Pertandingan   :   i.  Pertandingan Sayembara Puisi secara ”selfie”.
                          ii. Pertandingan Penerangan Kesalahan Penggunaan Bahasa  
                              Pada papan tanda secara ”selfie”.
                         iii.  Pertandingan Membina Powerpoint Tentang Tatabahasa.