Info Terkini

KATA ALUAN



PN.NURUL AZIZAH BINTI ABDULLAH

Guru Besar S.K. Bukit Senggeh


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Salam 1Malaysia. Salam Perpaduan. Salam warga SK Bukit Senggeh, Selandar Melaka.
Sesungguhnya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada jawatankuasa pembina laman blog sekolah ini. Sebagai Guru Besar sekolah ini, yang menjadi sebutan dan harapan setiap pelajar, ibu bapa dan komuniti, saya mesti memastikan kecemerlangan lestari untuk sekolah ini.
Selanjutnya, saya ingin menerangkan mengenai hala tuju sekolah ini. Seluruh warga sekolah dan daerah, bersyukur kerana sekolah ini telah diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan bagi Fasa ke-8 tahun 2014. Pengiktirafan ini membuktikan bahawa segala gerak usaha, perancangan dan tindakan untuk membawa kejayaan dalam semua bidang telah memenuhi kriteria pihak nazir. Kelangsungan kejayaan ini sudah semestinya datangnya daripada kerjasama semua pihak seperti guru-guru, staf sokongan, pekerja, PIBG dan ibu bapa serta pelajar.






PANORAMA SEKOLAH






No comments:

Post a Comment