Info Terkini

Wednesday 30 March 2016

Bengkel Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)






Pada 29 Mac 2016, satu Bengkel Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bagi tahap 2 telah diadakan di Dewan SK Bukit Senggeh. Bengkel ini telah diadakan bagi menggantikan aktiviti kokurikulum ini adalah  kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan dan arahan daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia agar sebarang aktiviti  dihentikan sementara waktu. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan serta memperkukuhkan pengalaman mengaplikasi kemahiran berfikir aras tinggi dalam amalan bilik darjah. Bengkel ini telah dikendalikan oleh guru-guru SK Bukit Senggeh. Tahniah diucapkan kepada semua yang menjayakan bengkel ini.

Program Mentor Mentee 2016





Pada 28 Mac 2016, satu Program Mentor Mentee 2016 telah diadakan. Program ini telah dijalankan di Dataran Perhimpunan SK Bukit Senggeh. Program ini telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Bukit Senggeh iaitu En.Md Natin Bin Haji Kasim. Tujuan program ini ialah mewujudkan beberapa hubungan di mana merangkumi hubungan di antara murid yang dikenali sebagai mentee manakala guru dikenali sebagai mentor. Objektif program ini antaranya ialah memberi bimbingan dan dorongan yang terancang kepada murid-murid terutamanya dalam bidang akademik. Selain itu juga, program ini dapat merapatkan hubungan guru dan murid.

Thursday 24 March 2016

Pemantauan BM Tahun 6 oleh Pegawai SISC PPD



Pada 24 Mac 2016 Pegawai SISC PPD Jasin iaitu Puan Hajjah Reny Azrena Binti Abd Rahman telah hadir ke SK Bukit Senggeh bagi memantau guru yang mengajar bahasa melayu tahun 6. Tujuan pemantauan ini diadakan adalah bertujuan meningkatkan peratus lulus dalam matapelajaran bahasa melayu dan meningkatkan prestasi akademik terutamanya dalam UPSR 2016. Selain itu juga,tujuan pemantauan ini diadakan bagi mengenalpasti permasalahan yang dihadapi oleh guru dan murid bagi matapelajaran bahasa melayu.

Mesyuarat AJK PIBG Kali KE-1/2016


Pada 24 Mac 2016, telah berlangsungnya mesyuarat AJK PIBG bertempat di Makmal Komputer SKBS. Mesyuarat ini berlangsung jam 2.30 petang yang dipengerusikan oleh  Yang Dipertuan PIBG iaitu Encik Mohd Zambry Bin Majid. Mesyuarat ini bertujuan membincangkan Mesyuarat Agong PIBG Kali ke-41/2016 yang akan diadakan pada 31 Mac 2016. Selain itu juga mesyuarat ini bertujuan membincangkan laporan kewangan dan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun 2016. 


Wednesday 2 March 2016

Bola Baling Bawah 12 Tahun Peringkat Negeri Melaka




Pada 02 Mac 2016 satu Pertandingan Bola Baling bawah 12 tahun Peringkat Negeri Melaka telah diadakan di Stadium Hang Jebat, Melaka. Dalam pertandingan ini SKBS telah mewakili Daerah Jasin dan menghantar 2 pasukan iaitu pasukan perempuan dan pasukan lelaki bawah 12 tahun. Jutaan tahniah diucapkan kepada pasukan perempuan SKBS kerana telah berjaya mendapat Johan peringkat Negeri Melaka manakala pasukan lelaki telah mendapat Naib Johan kategori lelaki bawah 12 tahun. Semoga pasukan SKBS akan terus berjaya di peringkat seterusnya.