Info Terkini

Monday 27 February 2017

Pelancaran Program Guru Penyayang

Majlis Pelancaran Oleh Puan Faezah Binti Md.Som

Penyampaian Hadiah kepada murid yang lahir bulan januari,februari dan mac

Ucapan oleh Puan Faezah Binti Md.Som

Pada 13 Februari 2017 telah diadakan satu Pelancaran Program Guru Penyayang bagi tahun 2017. Antara lain program ini bertujuan untuk menerapkan amalan penyayang di kalangan para guru dalam melahirkan murid-murid yang berketrampilan dan berakhlak mulia. Selain itu juga, diharap program ini dapat membendung salah laku di kalangan pelajar. Program ini telah dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan 1 iaitu Puan Faezah Binti Md.Som. Dalam program ini, turut memberi penghargaan kepada murid-murid melalui sambutan hari lahir mengikut bulan kelahiran.

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah 2017






Pada 10 Februari 2017 telah berlangsungnya Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah bagi tahun 2017. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan 1 iaitu Puan Faezah Binti Md.Som. Dalam kejohanan ini, 3 kategori telah dipertandingkan mengikut tahap masing-masing. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang menjayakan Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah 2017