Info Terkini

Tuesday 31 May 2016

Bengkel Pemantapan Penghayatan Puisi Melayu Peringkat Daerah Jasin




Pada 25 Mei 2016 Kebitaraan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Bukit Senggeh telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Penghayatan Puisi Melayu Peringkat Daerah Jasin sempena Bulan Bahasa. Bengkel ini telah disertai oleh 22 buah sekolah di Daerah Jasin. Bengkel ini terbahagi kepada 2 slot iaitu slot 1 syair dan slot 2 sajak yang disampaikan oleh Puan Norliza Binti Md.Yamin dari SK Serkam. Tema yang disampaikan melalui sajak merupakan unsur pengajaran yang dapat menimbulkan kesedaran sama ada dalam aspek sosial, ekonomi, alam sekitar, patriotik atau perasaan dalam seseorang insan.

Friday 27 May 2016

Sambutan Israj dan Mikraj & Pelancaran Program Ihya Ramadhan






Pada 27 Mei 2016 bersamaan hari jumaat yang bertempat di Dewan SK Bukit Senggeh telah diadakan Majlis Sambutan Israj dan Mikraj & Pelancaran Program Ihya Ramadhan. Objektif sambutan Israj dan Mikraj adalah menanam minat murid untuk meraikan hari-hari kebesaran islam dan meningkatkan kecintaan murid mengamalkan ibadah puasa. Sambutan ini dimulakan dengan bacaan yaasin perdana oleh guru-guru dan semua murid. Seterusnya,  pertandingan kuiz bertulis dan pertandingan mewarna, majlis dimeriahkan dengan acara memasak bubur lambuk. Majlis Sambutan Israj dan Mikraj & Pelancaran Program Ihya Ramadhan ini menjemput Ustaz Azrul Bin Abu Aman untuk memberi  ceramah yang bertajuk "Ramadhan Membentuk Peribadi Mulia".

Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Sekolah Tahun 2016

Pada 6 Mei 2016 bertempat di Teratak Anjung Za'aba bersamaan hari jumaat telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Sekolah Tahun 2016. Majlis ini telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Bukit Senggeh iaitu En.Md Natin  Bin Hj.Kassim. Sepanjang bulan bahasa ini beberapa program dan pertandingan telah diadakan antaranya ialah Pertandingan Pidato Piala Diraja Peringkat Daerah Jasin, Bengkel Pemantapan Penghayatan Puisi Melay Peringkat Daerah Jasin, Pertandingan mewarna prasekolah, pendidikan khas tahap 1 dan tahap 2, Pertandingan Deklamasi sajak, Pertandingan Mengarang Tahap 2, Pembaca terbanyak bulan mei kerjasama dengan PSS, Pertandingan Berbalas pantun, Pertandingan Bercerita, Pertandingan Membaca Lancar, Kuiz Bahasa dan Pertandingan keceriaan kelas.

Monday 23 May 2016

Pertandingan Memancing Sempena Hari Guru



Pertandingan Memancing ini diadakan sempena Hari Guru yang bertempat di Kolam Cikgu Yusoff. Pertandingan ini dimulakan pada pukul 3.00 petang dan tamat pada pukul 5.30 petang. Johan bagi pertandingan ini telah dimenangi oleh Cikgu Ahmadi dengan berat ikannya ialah 2.1 kg manakala naib johan pertandingan ini ialah Raja Danish dan tempat ketiga dimenangi oleh Cikgu Siti Musalmah. Tahniah kepada semua peserta memancing kerana memberikan kerjasama. Alhamdulilah pertandingan ini berjalan dengan lancar.###SELAMAT HARI GURU###.

Sambutan Hari Guru 2016










Pada 16 Mei 2016 Sambutan Hari Guru telah diadakan bagi peringkat Sekolah. Tema Hari Guru pada tahun 2016 ialah Guru Pembina Negara Bangsa. Sambutan Hari Guru dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Melaka Maju Negeriku Sayang, lagu Melaka Bandaraya Teknologi Hijau, lagu Sekolah, lagu Hari Guru 'Kami Guru Malaysia' dan lagu Guru Pembina Negara Bangsa. Majlis diteruskan dengan bacaan doa dan  bacaan ikrar oleh  Cikgu Jamaluddin, seterusnya bacaan perutusan Menteri Pendidikan Malaysia dan perutusan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia oleh Guru Besar iaitu Cikgu Md.Natin. Majlis dimeriahkan dengan persembahan oleh pelajar dengan pelbagai persembahan antaranya nyanyian, puisi, sketsa dan lain-lain. Majlis diteruskan dengan acara sukaneka guru dan kakitangan. Seterusnya majlis penyampaian hadiah sukaneka dan acara tukar hadiah dan jamuan untuk semua guru. Sambutan Hari Guru dimeriahkan lagi dengan pertandingan memancing pada waktu petang. Selamat Hari Guru kepada Semua Guru SKBS dan guru-guru di seluruh Malaysia.@@@SELAMAT HARI GURU@@@.

Perkhemahan Kepimpinan Dan Motivasi



Pada 7-8 Mei 2016 bertempat di Sekolah Kebangsaan Bukit Senggeh telah diadakan satu Perkhemahan Kepimpinan dan Motivasi. Perkhemahan bersepadu ini adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SK Bukit Senggeh. Aktiviti ini diadakan adalah selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum. Objektif utama adalah memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman dalam menyertai program kepimpinan. Selain itu juga, membentuk murid yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam setiap situasi dan dapat memupuk semangat kerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri. Dalam perkhemahan ini bebarapa aktiviti telah dipertandingkan antaranya pertandingan mendirikan khemah, membina gajet, orienteering, memasak  dan persembahan kebudayaan. Bagi kategori mendirikan khemah dimenangi oleh Pasukan Pengakap, membina gajet dimenangi oleh Tunas Puteri, orienteering dimenangi oleh Tunas Puteri, memasak dimenangi oleh PBSM manakala persembahan kebudayaan dimenangi oleh Tunas Puteri. Juara keseluruhan perkhemahan bagi tahun 2016 dimenangi oleh Tunas Puteri. Tahniah diucapkan kepada pasukan Tunas Puteri.

Pertandingan Pidato Piala Diraja


Pertandingan Pidato Piala Diraja  Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Jasin telah diadakan pada 5 Mei 2015 bersamaan hari khamis yang bertempat di Makmal Komputer SK Bukit Senggeh. Pertandingan ini telah disertai oleh 10 buah sekolah kawasan Jasin. Pertandingan ini adalah kali kedua SK Bukit Senggeh menjadi tuan rumah. Johan pertandingan Pidato Piala Diraja bagi tahun 2016 telah dimenangi oleh SK Jasin,manakala naib johan  dimenangi oleh SK Machap dan tempat ketiga dimenangi oleh SK Selandar. Tahniah diucapkan kepada semua peserta.