Info Terkini

Wednesday 27 April 2016

Program Jelajah Sekolah Blink Bersama Maskot Robita Di Melaka 2016 Sempena Kempen Membaca






Pada 26 April 2016 telah berlangsungnya Program Jelajah Sekolah Blink bersama Maskot Robita sempena kempen membaca 2016. Program ini berlangsung selama 1 minggu bermula 25 April hingga 29 April 2016. Hanya 10 sekolah pertama sahaja yang terpilih. Matlamat program ini diadakan ialah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid mengenai kerjaya penulisan dan bagaimana cara untuk menerbitkan sesebuah buku. Selain itu juga menarik minat murid untuk membaca melalui kempen membaca dan membantu pihak sekolah dalam mencapai matlamat Program Nilam. Di samping itu juga, dapat mencungkil bakat baru dikalangan murid-murd dalam bidang penulisan dan lukisan. Buku bernilai Rm200 telah disumbangkan kepada pihak sekolah.

Perkongsian Ilmu :Inovasi Pelajaran Jawi



Pada 21 April 2016 jam 2.30 petang bertempat di Makmal Komputer SK Bukit Senggeh telah diadakan Perkongsian Ilmu yang bertajuk Inovasi Pelajaran Jawi yang telah disampaikan oleh Ustazah Supiyaton Binti Mokti iaitu Guru Inovatif Negeri Sembilan 2015. Tujuan perkongsian ilmu ini adalah memahirkan murid untuk menyambung dan menulis huruf serta suku kata terbuka dalam tulisan jawi. Perkongsian ilmu ini telah disertai oleh murid-murid tahap 1 iaitu tahun1, tahun 2 dan tahun3.


Wednesday 20 April 2016

Pertandingan Memasak Antara Badan Beruniform




Pada  hari selasa, 19 April 2016 telah diadakan satu pertandingan memasak di antara badan beruniform SK Bukit Senggeh. Pertandingan ini telah disertai oleh tiga badan beruniform antaranya ialah Pengakap, PBSM dan Pandu Puteri. Pelbagai hidangan yang telah dihasilkan antaranya lempeng sambal, kuih ketayap, roti john kebaboom, koktail kebaboom, jeli hatiku untukmu, sekawan murtabak maggi,  roti sosej cikebaboom dan krabbi swiss roll. Pertandingan ini telah diadili oleh 4 orang pengadil yang terdiri daripada GPK dan staf. Johan pertandingan ini dimenangi oleh Pasukan PBSM, naib johan dimenangi oleh Pasukan Pengakap dan tempat ketiga dimenangi oleh Tunas Puteri. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang memberikan kerjasama untuk  pertandingan tersebut.

Karnival Pendidikan


Pada karnival pendidikan di MITC,Melaka pelajar tahun 4, tahun 5 dan tahun 6 iaitu seramai 44 orang dan 4 orang guru pengiring telah berkunjung ke karnival tersebut. Pelbagai pendedahan yang terdapat pada karnival tersebut. Tujuan utama karnival ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan maklumat mengenai peluang-peluang pendidikan.

Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum


Pentaksiran aktiviti jasmani sukan dan kokurikulum terbahagi kepada tiga komponen iaitu SEGAK, kokurikulum (kelab persatuan, unit beruniform dan sukan permainan) dan Ekstra. Ujian SEGAK telah diadakan kepada murid-murid SK Bukit Senggeh. Ujian SEGAK adalah set ujian standard kecergasan fizikal untuk mengukur tahap kecergasan fizikal murid berasaskan kesihatan. Komponen kecergasan yang diukur dalam SEGAK terkandung dalam sukatan pelajaran pendidikan jasmani sekolah rendah.

Sunday 17 April 2016

Bimbingan Bersepadu Pejabat Pelajaran Daerah Jasin ke SK Bukit Senggeh


Pada 14 April 2016, satu Bimbingan Bersepadu Pejabat Pelajaran Daerah Jasin ke SK Bukit Senggeh. Tujuan bimbingan ini adalah mengemaskini rekod kewangan, fail-fail panitia, buku mengajar, buku nota dan latihan murid, memantau guru mengajar dan lain-lain. Bimbingan ini telah dihadiri oleh 5 orang pegawai PPD Jasin iaitu Encik Abdullah Bin Hj.Abdul Wahid, Encik Abd.Majid Bin Abu Bakar, Puan Hajjah Reny Azrena Binti Abdul Rahman, Puan Chitra  A/P Sinnu dan  Puan Senthamarai Selvi A/P Kuppusamy.

Program Motivasi Bersama Tahun 6 (Fasa 3)



Pada 13 April 2016 telah berlangsungnya satu Program Motivasi bersama Tahun 6 bagi fasa 3 telah diadakan di Makmal Komputer SK Bukit Senggeh. Motivasi ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Daud Bin Abdull iaitu Pegawai SIP+ Pejabat Pelajaran Daerah Jasin. Tujuan motivasi ini diadakan adalah untuk meningkatkan semangat pelajar yang bakal menghadapi UPSR 2016 nanti. Motivasi ini turut disertai oleh Ibu Bapa pelajar tahun 6.

Program Kecemerlangan UPSR (Teknik Menjawab Soalan Bahasa Melayu Pemahaman & Penulisan)




Pada 9 April 2016, satu Program Kecemerlangan UPSR iaitu Teknik Menjawab Soalan Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan telah diadakan di Makmal Komputer SK Bukit Senggeh. Penceramah bagi program ini ialah Puan Sarinah Binti Ithnin. Program ini telah disertai oleh beberapa sekolah yang berhampiran yang melibatkan semua murid tahun 6 yang akan menghadapi UPSR bagi tahun 2016.

Thursday 14 April 2016

Majlis Penyampaian KWAMP 2016


Pada 8 April 2016 satu Majlis Penyampaian KWAMP telah diadakan di Makmal Komputer SK Bukit Senggeh. Majlis ini bermula jam 11.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Majlis KWAMP ini telah disampaikan oleh Guru Besar SK Bukit Senggeh iaitu En. Md Natin Bin Hj.Kasim. Objektif utama KWAMP adalah membantu golongan ibu bapa pelajar yang berpendapatan rendah dan tidak berkemampuan, Pelajar yang keluarganya berpendapatan berada di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) iaitu RM 930 isi rumah layak mendapat bantuan KWAMP.

Tuesday 5 April 2016

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 41/2016










Pada 31 Mac 2016, Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)  kali ke-41/2016 telah diadakan di Makmal Komputer SKBS. Mesyuarat ini telah diadakan pada jam 2.00 petang yang telah dirasmikan oleh Encik Amirul Bin Basiron iaitu Ahli Parlimen Belia Malaysia Melaka. Dalam mesyuarat ini dimeriahkan dengan persembahan oleh murid-murid Tahun 6.  Mesyuarat agung kali ini membentang dan menerima laporan kewangan PIBG SKBS yang berakhir Mac 2016 dan pelbagai usul. Majlis penutup dimeriahkan dengan cabutan nama bertuah. Terima Kasih kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk mesyuarat ini.