Info Terkini

Wednesday 29 June 2016

Program Jalinan SK Bukit Senggeh Bersama UITM

         Program Bahasa Melayu Merentas Arus Globalisasi melalui  Dunia Teknologi Maklumat dan Komunikasi Peringkat Kebangsaan.

          Sekolah Kebangsaan Bukit Senggeh telah diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 8/ 2014 yang mana kebitaraannya adalah Bahasa Melayu. Dengan itu, pelbagai program telah dirancang dan diluluskan oleh pihak Kementerian.

          Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Lendu, Melaka telah ditindikkan bersama Sekolah Kebangsaan Bukit Senggeh untuk menjalankan program secara berkolaborasi. Program ini dinamakan jalinan bersama IPT yang mana program yang telah dirancang dilaksanakan dengan usahasama kedua-dua pihak. Oleh itu, dengan kewangan yang telah diluluskan maka satu program telah dirangka dan akan dijalankan pada masa yang akan ditetapkan. Program ini akan melibatkan tiga buah negeri iaitu Negeri Melaka, Johor dan Negeri Sembilan di Peringkat Kebangsaan. Bersama-sama program ini, terdapat tiga pertandingan dianjurkan iaitu :

1. Pertandingan Sayembara Puisi Secara "Selfie".
2. Pertandingan Penerangan Kesalahan Penggunaan Bahasa Pada Papan Tanda Secara "Selfie".
3. Pertandingan Membina Powerpoint Tentang Tatabahasa.

       “Selfie” bermaksud mengambil gambar atau wajah sendiri menggunakan kamera atau telefon bimbit tanpa memerlukan bantuan orang lain. “Selfie” merupakan singkatan daripada  perkataan bahasa Inggeris iaitu ”Self Potrait Photography”. Dalam erti kata lain, ia merupakan perbuatan individu yang suka mengambil wajah seorang diri dan memuat naik foto tersebut ke laman sosial. Selain itu, si “Selfie” ini juga berharap agar fotonya itu mendapat perhatian umum seperti komen, “like” dan sebagainya.

     Selfie juga dijelaskan oleh Oxford Dictionaries sebagai: "A photograph that one has taken of oneself, typically one taken with a smartphone or webcam and uploaded to a social media website." Maksudnya: Satu gambar seseorang yang telah diambil sendiri, biasanya diambil dengan telefon pintar atau webcam dan dimuat naik ke laman web media sosial.

    Justeru itu, berdasarkan perkembangan arus teknologi maklumat yang semakin canggih dari masa ke semasa, dunia pendidikan harus bergerak seiring untuk melahirkan modal insan yang mempunyai kemahiran berfikiran aras tinggi (KBAT). Bersesuaian dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) tahun 2013 hingga 2025 yang mana objektif pertama memahami prestasi dan cabaran semasa. Berdasarkan objektif ini, sistem Pendidikan Malaysia memberitumpuan kepada akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan.

     Melalui pengiktirafan yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kepada sekolah iaitu mewujudkan Sekolah Kluster Kecemerlangan sedikit sebanyak membantu perkembangan teknologi dalam pendidikan. Dengan itu, satu program telah dirancang untuk mewujudkan sesuatu kelainan berdasarkan pertandingan sajak, syair dan kesalahan bahasa pada papan tanda yang mana sebelum ini dipertandingkan secara tontonan. Tetapi, pada kali ini pengelola akan menampilkan sesuatu kelainan yang mana peserta-peserta akan bersajak, bersyair dan menunjukkan kesalahan penggunaan bahasa dengan cara “selfie”. 



Pertandingan   :   i.  Pertandingan Sayembara Puisi secara ”selfie”.                        
                              ii. Pertandingan Penerangan Kesalahan Penggunaan Bahasa  Pada 
                                      papan tanda secara  ”selfie”.                                                  
                                iii.  Pertandingan Membina Powerpoint Tentang Tatabahasa.
       
Tarikh             :   1 Julai  hingga 30 September 2016
                              Oktober (Majlis Penyampaian Hadiah)
       
Tempat           :   SK Bukit Senggeh dan UiTM Lendu, Melaka.

Kumpulan Sasaran  :  Murid-murid Tahap 2 (Tahun 4,5 dan 6)


Hadiah Bagi Setiap Pertandingan:

Tempat Pertama : Hadiah Bernilai RM 100 beserta Sijil


Tempat Kedua   :  Hadiah Bernilai RM 80 beserta Sijil


Tempat Ketiga   :  Hadiah Bernilai RM 60 beserta Sijil


Tempat Ke-4 hingga Ke-10     :  Hadiah Bernilai RM 30 beserta Sijil


Tempat Ke-11 hingga Ke-16   :  Hadiah Bernilai RM 10 beserta Sijil

* Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan Puan Norazlina Bt Ramlan   
  (0123676406) atau Puan Sarimah Bt Mohd Ghazali (0126175917).

*Kertas Konsep bagi setiap pertandingan boleh di muat turun di ruangan / 
 halaman muat turun.