Info Terkini

Monday 23 May 2016

Perkhemahan Kepimpinan Dan Motivasi



Pada 7-8 Mei 2016 bertempat di Sekolah Kebangsaan Bukit Senggeh telah diadakan satu Perkhemahan Kepimpinan dan Motivasi. Perkhemahan bersepadu ini adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SK Bukit Senggeh. Aktiviti ini diadakan adalah selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum. Objektif utama adalah memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman dalam menyertai program kepimpinan. Selain itu juga, membentuk murid yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam setiap situasi dan dapat memupuk semangat kerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri. Dalam perkhemahan ini bebarapa aktiviti telah dipertandingkan antaranya pertandingan mendirikan khemah, membina gajet, orienteering, memasak  dan persembahan kebudayaan. Bagi kategori mendirikan khemah dimenangi oleh Pasukan Pengakap, membina gajet dimenangi oleh Tunas Puteri, orienteering dimenangi oleh Tunas Puteri, memasak dimenangi oleh PBSM manakala persembahan kebudayaan dimenangi oleh Tunas Puteri. Juara keseluruhan perkhemahan bagi tahun 2016 dimenangi oleh Tunas Puteri. Tahniah diucapkan kepada pasukan Tunas Puteri.

No comments:

Post a Comment