Info Terkini

Monday 24 October 2016

Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-59/2016






Pada 20 Oktober 2016 bertempat di Padang SK Bukit Senggeh telah berlangsungnya Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-59/2016. Kejohanan Sukan Tahunan kali ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Koh Nai Kwong. Pelbagai acara yang dipertandingkan pada Kejohanan kali ini antaranya ialah 80 meter, 100 meter, 200 meter, 4x100 meter, 4x200 meter, 4x50 meter, lontar peluru, lompat jauh, lompat tinggi, acara sukaneka murid dan sukaneka terbuka. Selain itu juga, pelbagai hadiah cabutan nama bertuah disediakan. Dalam Kejohanan kali ini, Olahragawan telah dinobatkan kepada Mohd Hadiff Haikal Bin  Iskandar Zulkarnain dan Olahragawi  telah dinobatkan kepada Nurul Adila Binti Shahrozzaman. Manakala Olahragawan Harapan telah dinobatkan kepada Muhammad Azarieffan Bin Mohd Razali dan Olahragawi Harapan telah dinobatkan kepada Siti Norfatihah Binti Noor Hisyam. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dalam  Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-59/2016.

No comments:

Post a Comment