Info Terkini

Sunday 9 October 2016

Sambutan Hari Sukan Negara dan Hari Kanak-Kanak Peringkat Sekolah



Pada 7 Oktober 2016 telah berlangsungnya Sambutan Hari Sukan Negara dan Hari Kanak-Kanak Peringkat Sekolah. Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkankan pada setiap hari sabtu minggu kedua bulan oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan  di mana satu langkah pro aktif di dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah "Negara Bersukan". Tujuan Hari Sukan diadakan ialah bagi melahirkan generasi murid-murid sekolah yang sihat daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Pelbagai acara Hari Sukan peringkat sekolah antaranya ialah senamrobik, sukan ubah suai, futsal dan bola jaring. Selain itu juga, pihak sekolah turut membuat tayangan video Kejayaan Olimpik dan Paralimpik. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua warga SK Bukit Senggeh yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan Sambutan Hari Sukan dan Hari Kanak-Kanak 2016 peringkat sekolah.

No comments:

Post a Comment