Info Terkini

Monday 24 October 2016

Majlis Penyampaian Hadiah & Penutup Program Bahasa Melayu Merentas Arus Globalisasi melalui Dunia Teknologi Maklumat dan Komunikasi Peringkat Kebangsaan 2016



Pada 22 Oktober 2016 bertempat di UITM Kampus Bandar Melaka telah berlangsungnya Majlis Penyampaian Hadiah & Penutup Program Bahasa Melayu Merentas Arus Globalisasi melalui Dunia Teknologi Maklumat dan Komunikasi Peringkat Kebangsaan 2016. Majlis ini adalah hasil kerjasama Kebitaraan Bahasa Melayu SKBS bersama UITM Kampus Alor Gajah. Majlis Penutup Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Rektor HEA Uitm iaitu Dr.Rani Diana Binti Othman. Dalam Majlis ini dimeriahkan dengan persembahan daripada murid-murid SKBS dan pelajar UITM. Tahniah kepada semua pemenang bagi ketiga-tiga kategori iaitu Pemenang Pertandingan Sayembara Puisi, Pemenang Pertandingan Penerangan Kesalahan Penggunaan pada Papan Tanda secara selfie dan Pemenang  Pertandingan membina Power Point. Terima kasih juga kepada semua yang menjayakan program ini.

No comments:

Post a Comment